PM akan umum perkembangan semakan hak 40 peratus Sabah di Kota Kinabalu

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkembangan berkaitan semakan hak 40 peratus pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak akan diperjelaskan dalam lawatan beliau ke Sabah, esok.

Perdana Menteri berkata, penjelasan mengenai perkara yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) itu akan dibuat ketika kunjungannya ke negeri berkenaan.

“Itu (perihal semakan berkaitan hak 40 peratus pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak) saya akan jelaskan di Sabah esok. Saya ke Sabah,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Hamzah, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Kerajaan Persekutuan komited memperbetul pendirian rasmi pentadbiran terdahulu termasuk melaksanakan semakan berkaitan hak 40 peratus pemberian khas Sabah.

Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali dilaporkan berkata, komitmen itu selari dengan pendirian Anwar yang mengiktiraf hak Sabah terhadap pemberian khas seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, pengiktirafan berkenaan membuktikan kesungguhan kerajaan untuk memperbetul pendirian rasmi terdahulu yang tidak melaksanakan semakan terhadap hak terbabit.

Beliau turut menegaskan bahawa walaupun kes berkaitan hak 40 peratus itu masih dalam proses perundangan di Mahkamah Rayuan, GRS tetap mahu semakan kadar pemberian khas di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan dilaksanakan tahun ini.

Related Posts

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan, lebih 100 hadir beri penghormatan terakhir

BATU PAHAT – Jenazah Allahyarham Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal, 16, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Arshad, Yong Peng, di sini, kira-kira jam 7.50 malam tadi. Suasana pilu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Melaka: JKOM perhebat usaha bendung berita palsu

SEBERANG PERAI – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan mempergiat usaha membendung penyebaran berita palsu dan maklumat tidak tepat di media sosial sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan, lebih 100 hadir beri penghormatan terakhir

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan, lebih 100 hadir beri penghormatan terakhir

PRN Melaka: JKOM perhebat usaha bendung berita palsu

PRN Melaka: JKOM perhebat usaha bendung berita palsu

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja