MoF perkukuh SOP transaksi BUDI95 elak penyalahgunaan subsidi

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MoF) menegaskan semua transaksi di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) wajib melalui pengesahan fizikal MyKad bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan subsidi dan transaksi tanpa kebenaran.

Kementerian itu berkata, pihaknya memandang serius aduan berkaitan dakwaan penggunaan maklumat MyKad individu lain tanpa kebenaran dalam pelaksanaan program berkenaan.

Menurut MoF, sebarang transaksi yang dilakukan secara manual tanpa pengesahan fizikal MyKad adalah dilarang kerana boleh menjejaskan integriti sistem subsidi bersasar.

“MoF sudah mengarahkan syarikat peruncit minyak supaya memperketat pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) pengesahan MyKad bagi setiap transaksi BUDI95.

“Sebarang urus niaga yang dilakukan secara manual tanpa pengesahan fizikal MyKad terlebih dahulu adalah tidak dibenarkan kerana ia membuka ruang kepada transaksi tanpa kebenaran, penyalahgunaan subsidi dan pelanggaran integriti pelaksanaan program,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MoF turut mengingatkan bahawa penggunaan atau pemilikan MyKad milik individu lain tanpa kebenaran sah merupakan kesalahan serius di bawah Peraturan 25 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Kementerian itu berkata, syarikat peruncit minyak juga diarahkan menjalankan siasatan terhadap transaksi yang melanggar SOP serta mengambil tindakan susulan terhadap stesen minyak yang terbabit.

Selain itu, langkah pemantauan dalaman turut diperkukuh bagi memastikan pematuhan berterusan di semua stesen minyak seluruh negara.

“Langkah-langkah pembetulan turut dikeluarkan, termasuk latihan semula kepada kakitangan barisan hadapan, pemaparan SOP di kaunter pembayaran serta penyaluran dan pampasan yang bersesuaian kepada pelanggan yang terkesan, tertakluk kepada hasil siasatan.

“Syarikat peruncit minyak juga sudah diarahkan untuk menghubungi pemegang MyKad yang terkesan bagi membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut,” katanya.

MoF menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk ketidakpatuhan SOP atau penyalahgunaan subsidi bersasar di bawah program BUDI95.

“Jika disabitkan kesalahan, individu berkenaan boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, penerima BUDI95 disaran menyemak rekod transaksi masing-masing menerusi portal BUDI MADANI dan segera membuat laporan polis sekiranya mendapati berlaku transaksi tanpa kebenaran.

“Penerima BUDI95 yang terkesan akibat transaksi tanpa kebenaran boleh membuat aduan dalam tempoh 30 hari selepas kejadian kepada Pusat Khidmat BUDI MADANI (BMCC) dengan melampirkan dokumen berikut untuk tindakan selanjutnya.

“Dokumen itu ialah laporan polis yang menyatakan tarikh, masa dan butiran stesen minyak berkaitan, salinan kad pengenalan dan senarai transaksi yang dikemukakan dalam laporan polis,” katanya.

Aduan boleh disalurkan kepada BMCC menerusi talian 1300-88-9595, WhatsApp di +603-2631 4595 atau e-mel rasmi pusat khidmat berkenaan yang beroperasi sepanjang masa.

Related Posts

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meninjau kawasan G Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang menempatkan sebahagian besar pemegang Tiket MADANI sempena perlumbaan Formula 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan, lebih 100 hadir beri penghormatan terakhir

BATU PAHAT – Jenazah Allahyarham Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal, 16, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Arshad, Yong Peng, di sini, kira-kira jam 7.50 malam tadi. Suasana pilu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan, lebih 100 hadir beri penghormatan terakhir

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan, lebih 100 hadir beri penghormatan terakhir

PRN Melaka: JKOM perhebat usaha bendung berita palsu

PRN Melaka: JKOM perhebat usaha bendung berita palsu

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB