Sarawak bakal buka tender BESS dalam usaha perkukuh grid elektrik – Fadillah

KUCHING – Bagi memperkukuh infrastruktur elektrik serta menyokong peralihan kepada tenaga boleh baharu di negeri ini, Sarawak menerusi Sarawak Energy Berhad (SEB) dijangka akan membuka tender bagi pembangunan Sistem Storan Tenaga Bateri (BESS) tidak lama lagi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, inisiatif berkenaan amat kritikal dalam menjamin kestabilan grid elektrik untuk jangka masa panjang.

Jelas beliau, keperluan itu didorong oleh peningkatan projek tenaga boleh baharu yang tidak lagi bersandarkan kepada penjanaan beban asas (base load) konvensional seperti kuasa hidro dan gas.

“Di Sarawak pula, saya dimaklumkan bahawa pihak SEB juga akan melaksanakan proses tender untuk bekalan BESS ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pengagihan Daging Korban bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H/2026 di Surau Darul Ehsan, Kampung Sinjan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Fadillah menjelaskan teknologi BESS berperanan penting untuk menyimpan lebihan tenaga yang dijana sebelum ia disalurkan kembali ke dalam sistem berdasarkan keperluan semasa pengguna, sekali gus mengelakkan gangguan grid elektrik.

“Peralihan kepada sumber seperti tenaga solar, misalnya, amat bergantung pada faktor cuaca. Apabila cuaca panas terik, berlaku lonjakan bekalan secara mendadak yang berisiko menjejaskan kapasiti grid sedia ada.

“Oleh itu, sistem bateri ini sangat diperlukan bagi menstabilkan grid. Apabila bateri diintegrasikan, bekalan elektrik dapat diagihkan secara lebih teratur dan menjadikan keseluruhan sistem grid lebih stabil,” tegasnya.

Menurut Ahli Parlimen Petra Jaya itu lagi, penyepaduan teknologi BESS kini telah menjadi komponen wajib dalam pembangunan tenaga moden di Semenanjung Malaysia dan Sabah demi memastikan keterjaminan kelangsungan bekalan elektrik di seluruh negara.

Terdahulu, beliau telah merasmikan projek BESS Santong di Dungun, Terengganu yang berkapasiti 100 megawatt (MW) dengan keupayaan storan tenaga sebanyak 400 megawatt-jam (MWh).

Pelaksanaan projek utiliti berskala besar pertama di negara ini dijangka mampu memberi manfaat kepada kira-kira 40,000 pengguna di wilayah Pantai Timur, di samping memacu kelancaran agenda peralihan tenaga nasional.

Sementara itu, pada majlis di Surau Ehsan berkenaan, Pusat Khidmat Parlimen Petra Jaya telah menyumbangkan sebanyak 63 ekor lembu bagi ibadah korban tahun ini.

Related Posts

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

KUANTAN – Gerakan koperasi di Pahang mencatat perolehan RM1.13 bilion tahun lalu, meningkat 15 peratus berbanding 2024, manakala jumlah aset keseluruhan kini melebihi RM1.73 bilion. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor tidak akan meluluskan pembangunan pusat data baharu di kawasan yang tidak mempunyai kapasiti bekalan air dan tenaga mencukupi bagi menampung keperluan industri berkenaan. Menteri Besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin