Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan, lebih 100 hadir beri penghormatan terakhir

BATU PAHAT – Jenazah Allahyarham Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal, 16, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Arshad, Yong Peng, di sini, kira-kira jam 7.50 malam tadi.

Suasana pilu menyelubungi kawasan perkuburan ketika ahli keluarga dan penduduk setempat mengiringi pengebumian remaja berkenaan yang dilakukan selepas solat Maghrib.

Lebih 100 orang terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara dan penduduk sekitar hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Sebelum itu, jenazah yang selesai menjalani bedah siasat di Hospital Sultanah Nora Ismail dibawa ke kediaman keluarga di Kampung Parit Selamat untuk disolatkan.

Irene Sofiya dilaporkan ditemukan tidak sedarkan diri di dewan sebuah sekolah di Yong Peng, petang semalam sebelum disahkan meninggal dunia.

Kejadian itu dipercayai mempunyai unsur jenayah dan kini disiasat pihak polis.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad sebelum ini memaklumkan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan dan direman selama enam hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Related Posts

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan laporan awal berhubung kes dakwaan kekasaran membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

PELAJAR perlu diberikan pendedahan mengenai kesalahan jenayah dan implikasi undang-undang supaya mereka memahami keseriusan sesuatu tindakan, khususnya kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan kesalahan bunuh. Pengamal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM