Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

CADANGAN meningkatkan pelepasan cukai bagi yuran taman asuhan (taska) dan taman didikan kanak-kanak (tadika) berdaftar daripada RM10,000 kepada RM15,000 setahun disifatkan wajar bagi membantu ibu dalam kalangan M40 yang bekerja, terutama berdepan peningkatan kos penjagaan anak.

Pekerja swasta, Azrin Sharina, 44, berkata, peningkatan had pelepasan itu munasabah mengambil kira kos sara hidup, harga makanan dan pelbagai komitmen isi rumah yang semakin meningkat.

Katanya, bagi ibu bekerja, kos penjagaan anak menjadi antara perbelanjaan utama yang perlu ditanggung selain keperluan harian keluarga.

“Untuk seorang ibu yang bekerja, apabila mengambil kira jumlah perbelanjaan isi rumah, keadaan ekonomi, harga makanan dan semua kos perbelanjaan, peningkatan daripada RM10,000 kepada RM15,000 memang berbaloi.

“Apabila pendapatan mencecah RM100,000, kita pula berdepan potongan cukai. Jadi, peningkatan pelepasan itu memang sangat membantu M40,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP).

Azrin berkata, peningkatan gaji tidak semestinya memberikan lebihan kewangan kepada keluarga apabila kos sara hidup turut meningkat, termasuk harga minyak, bahan mentah dan keperluan harian.

“Gaji dan kos sara hidup sama-sama meningkat. Bila banyak potongan, kita kembali ke keadaan asal. Kita tidak rasa macam dapat kenaikan gaji,” katanya.

Dia berkata, kerajaan juga wajar mempertimbangkan lebih banyak pelepasan cukai dan insentif berkaitan anak untuk membantu keluarga M40, termasuk dalam aspek pendidikan dan kesihatan.

Katanya, perbelanjaan pendidikan turut menjadi beban tambahan kepada ibu bapa, termasuk kos tuisyen yang semakin diperlukan bagi membantu anak mengikuti pembelajaran.

“Walaupun tuisyen itu pilihan, kita rasa ia macam satu keperluan kerana silibus semakin susah dan ibu bapa perlu sediakan tambahan untuk anak.

“Ini semua kos yang mungkin tidak nampak pada awalnya, tetapi apabila dikumpulkan, jumlahnya besar,” katanya.

Azrin berkata, bantuan terhadap kos penjagaan anak penting bagi membolehkan ibu M40 yang bekerja meneruskan kerjaya tanpa terlalu terbeban dengan perbelanjaan keluarga.

Tambahnya, kos membesarkan anak yang tinggi juga boleh menyebabkan sesetengah pasangan berfikir panjang untuk mempunyai anak.

“Bila kos untuk membesarkan anak tinggi, mungkin ada yang tidak mahu memulakan keluarga atau mempunyai anak. Jadi, apa-apa insentif yang boleh mengurangkan beban ibu bapa memang sangat dialu-alukan,” katanya.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat ini.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun