Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

KERAJAAN disaran menilai kedudukan kewangan golongan pertengahan (M40) berdasarkan pendapatan boleh guna selepas mengambil kira komitmen isi rumah, bukan gaji kasar semata-mata, dalam merangka Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

Pesara swasta, Fariez Rahman berkata, pendapatan yang dilihat tinggi pada angka kasar tidak semestinya menggambarkan kemampuan sebenar sesebuah keluarga berikutan pelbagai komitmen seperti pinjaman perumahan dan kenderaan, pendidikan anak, kesihatan serta perbelanjaan harian.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan sebahagian isi rumah M40 turut berdepan tekanan kewangan meskipun tidak layak menerima sebahagian bantuan yang disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah.

“Jangan lihat gaji kasar sahaja. Kena lihat berapa yang tinggal selepas bayar rumah, kereta, pendidikan anak, bil dan keperluan lain.

“Bila pendapatan sudah ditolak dengan semua komitmen, baki yang tinggal tidak semestinya banyak. Jadi, kemampuan sebenar isi rumah perlu dilihat berdasarkan pendapatan boleh guna,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) pada Ahad.

Sehubungan itu, Fariez mencadangkan kerajaan memperluas pelepasan cukai dan menyediakan pelbagai insentif yang lebih bersesuaian dengan keperluan M40 bagi membantu mengurangkan beban kewangan mereka.

Katanya, antara perkara yang boleh diberi perhatian termasuk pelepasan cukai berkaitan pendidikan, kesihatan dan perbelanjaan keluarga, selain insentif kepada isi rumah yang mempunyai jumlah tanggungan tinggi.

“Kerajaan perlu melihat semula pelepasan cukai untuk M40 kerana banyak perbelanjaan yang ditanggung sekarang semakin meningkat.

“Kalau pelepasan cukai ditambah, sedikit sebanyak ia boleh mengurangkan beban isi rumah. Selain itu, boleh juga dipertimbangkan insentif tertentu untuk keluarga yang mempunyai tanggungan tinggi, terutama bagi pendidikan, kesihatan dan perumahan,” katanya.

Fariez berkata, kos pendidikan anak antara komitmen yang wajar diberikan perhatian kerana ia boleh menjadi beban besar kepada keluarga, khususnya apabila mempunyai lebih seorang anak yang masih bersekolah atau melanjutkan pengajian.

Katanya, kerajaan boleh mempertimbangkan pelepasan atau insentif berkaitan yuran pendidikan, kelengkapan persekolahan serta kos pengajian tinggi bagi membantu ibu bapa mengurus perbelanjaan keluarga.

Dalam aspek kesihatan pula, dia mencadangkan supaya skop pelepasan cukai berkaitan perubatan dikaji semula agar mengambil kira peningkatan kos rawatan dan keperluan penjagaan kesihatan ahli keluarga.

“Kalau seorang dalam keluarga sakit atau anak sambung belajar, perbelanjaannya bukan sedikit. Perkara seperti ini perlu diambil kira apabila kerajaan merangka bantuan dan insentif untuk M40,” katanya.

Dia berkata, bantuan kepada M40 tidak semestinya diberikan dalam bentuk bantuan tunai, sebaliknya boleh disalurkan melalui mekanisme pelepasan cukai, insentif pendidikan, kesihatan dan perumahan yang dapat mengurangkan perbelanjaan isi rumah secara langsung.

“Pada masa sama, kita bukan minta bantuan tunai semata-mata. Insentif dalam bentuk pelepasan cukai, pendidikan, kesihatan dan perumahan pun boleh membantu mengurangkan beban.

“Yang penting, kerajaan lihat keadaan sebenar setiap isi rumah dan bukan hanya berdasarkan angka pendapatan,” katanya.

Fariez berkata, pendekatan itu juga penting bagi memastikan golongan M40 mempunyai pendapatan boleh guna yang mencukupi untuk memenuhi keperluan keluarga serta mengekalkan kuasa beli dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Justeru, dia berharap Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan Jumaat ini dapat memberi perhatian lebih menyeluruh kepada golongan pertengahan, termasuk mereka yang mempunyai pendapatan lebih tinggi tetapi turut menanggung komitmen isi rumah yang besar.

“Golongan M40 juga ada tanggungan dan komitmen. Jadi, kita harap Belanjawan 2027 dapat melihat kemampuan sebenar rakyat, bukan sekadar meletakkan mereka dalam satu kategori berdasarkan gaji,” katanya.

Belanjawan 2027 bertemakan “Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi” akan dibentangkan pada 9 Oktober ini, dengan kerajaan sebelum ini menggariskan usaha meringankan kos sara hidup serta menyediakan pelbagai pelepasan cukai yang turut memberi manfaat kepada M40.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun