Sultan Pahang kurnia sumbangan untuk waris pegawai polis, isteri maut kemalangan

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah dan berkenan mengurniakan sumbangan kepada waris pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat di Pekan awal pagi semalam.

Sumbangan baginda disampaikan Setiausaha Sulit Khas Sultan Pahang, Tok Aria Rakna Ahmad Norbadelin Abdul Murad kepada waris Inspektor Syah Lokman Ludza Ramli, 50, dan isterinya Nurulfiza Ardiana Ambak, 46, di Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini, hari ini.

Menurut laporan Bernama yang memetik hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, dua anak pasangan itu Mohammad Adib Syah Lokman Ludza, 18, dan Mohammad Aqif Syah Lokman Ludza, 10, kini dirawat di hospital berkenaan akibat kecederaan yang dialami dalam kemalangan itu.

Syah Lokman Ludza yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan Nurulfiza Ardiana dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

“Ketika kejadian, pasangan itu bersama empat anak mereka sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Negeri Sembilan untuk menyambut Aidiladha,” menurut hantaran itu.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar