Tradisi Aidiladha diteruskan, Vivian Wong santuni warga media Sandakan

SANDAKAN – Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee meneruskan tradisi tahunan sempena Hari Raya Aidiladha dengan menyampaikan sumbangan pek daging beku dan makanan kepada pengamal media di daerah ini.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Parlimen Sandakan, Asrul Abdul Samat yang mewakili Vivian dalam satu majlis ringkas di Bandar Letat, pada Selasa.

Menurut Vivian, sumbangan berkenaan merupakan tanda penghargaan terhadap peranan media yang sentiasa komited menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Katanya, program itu juga menjadi inisiatif tahunan pihaknya sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan pengamal media yang sentiasa komited dalam membuat liputan pelbagai program kemasyarakatan serta pembangunan setempat.

Selain pengamal media, pek sumbangan berkenaan turut diagihkan kepada penduduk di beberapa kampung, taman perumahan dan pulau sekitar Sandakan, selain sukarelawan yang banyak membantu menjayakan program kemasyarakatan di kawasan tersebut.

Dalam perkembangan sama, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sandakan turut menyumbangkan lima ekor lembu kepada lima masjid dalam kawasan parlimen itu bagi melaksanakan ibadah korban sempena Aidiladha.

Vivian berkata, program seumpama itu akan diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha membantu golongan yang memerlukan, di samping menghargai jasa semua pihak yang menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan komuniti setempat.

Related Posts

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

ALOR SETAR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan ejen hartanah yang dituduh cuba membunuh ibu tunggal dengan menikam leher mangsa dihantar ke Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

JERANTUT – Polis membuka kertas siasatan berhubung hantaran di media sosial Facebook yang mengandungi komen berbaur provokasi kaum dan penghinaan terhadap agama Islam serta orang Melayu. Pemangku Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibadah korban tuntut pengorbanan harta, bukan sekadar sembelihan

Ibadah korban tuntut pengorbanan harta, bukan sekadar sembelihan

Tradisi Aidiladha diteruskan, Vivian Wong santuni warga media Sandakan

Tradisi Aidiladha diteruskan, Vivian Wong santuni warga media Sandakan

PM tunai solat sunat Aidiladha bersama lebih 10,000 jemaah di Masjid Putra

PM tunai solat sunat Aidiladha bersama lebih 10,000 jemaah di Masjid Putra

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM