Lebih 33,000 pengunjung banjiri Istana Arau sempena #MKC26

ARAU – Lebih 33,000 pengunjung membanjiri Istana Arau sepanjang program #MKC26 yang berlangsung selama dua hari sekali gus mencerminkan sambutan luar biasa rakyat dan pelancong terhadap acara berkenaan.

Menurut maklumat Pejabat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, seramai 12,000 pengunjung direkodkan mengunjungi Istana Arau pada Sabtu manakala Galeri DiRaja Arau menerima 1,376 pengunjung.

Jumlah itu meningkat pada Ahad apabila seramai 21,689 pengunjung hadir ke Istana Arau selain 1,585 lagi mengunjungi Galeri DiRaja Arau.

Secara keseluruhan, program tersebut merekodkan kehadiran 33,689 pengunjung di Istana Arau dan 3,917 pengunjung di Galeri DiRaja Arau sepanjang penganjurannya.

Tinjauan mendapati orang ramai mula memenuhi kawasan sekitar istana pukul 9 malam sebelum pintu pagar dibuka dan lampu dinyalakan bagi merasai sendiri pengalaman berada di dalam perkarangan institusi diraja yang jarang dibuka kepada umum.

Antara pengunjung yang mencuri perhatian ialah seorang lelaki orang kurang upaya (OKU), Beh Peh Zhe, 26, yang hadir berkerusi roda bersama ibu bapanya dari Kulim, Kedah.

Lulusan Kolej Vokasional Pendidikan Khas Merbok itu mengakui terharu melihat kehadiran pengunjung yang begitu ramai sepanjang program berlangsung.

“Ini kali pertama saya datang dan berada dalam perkarangan istana. Saya sangat teruja melihat suasana ramai orang di sini.

“Saya datang bersama ibu dan bapa untuk mendapatkan pengalaman baharu,” katanya ketika ditemui.

Suasana sekitar Istana Arau sepanjang program itu turut meriah dengan kehadiran pengunjung pelbagai kaum dan peringkat umur yang tidak melepaskan peluang merakam gambar serta menikmati pengalaman bersejarah berkenaan.

Related Posts

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

KUCHING – Tourism Malaysia dengan kerjasama stesen radio Cats FM sukses menganjurkan program Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 bagi mempromosikan pelancongan domestik dan merancakkan sektor peruncitan di Sarawak.   Program interaktif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

SIBU – Sebuah badan khas dikenali sebagai Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak RM1.5 bilion bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi Sibu dan zon tengah Sarawak. Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

Ng Suee Lim nasihat penduduk waspada susulan puting beliung di Tanjong Karang

Ng Suee Lim nasihat penduduk waspada susulan puting beliung di Tanjong Karang

Bukit Lima Nature Reserve catat rekod Malaysia, taman hutan paya gambut bandar terbesar

Bukit Lima Nature Reserve catat rekod Malaysia, taman hutan paya gambut bandar terbesar

Lelaki cedera terjatuh 30 meter ketika mandi di air terjun

Lelaki cedera terjatuh 30 meter ketika mandi di air terjun

Geng Karim tumpas, sindiket seludup migran raih RM3.2 juta digempur JIM

Geng Karim tumpas, sindiket seludup migran raih RM3.2 juta digempur  JIM