Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

KAJANG – Status kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak kekal tidak berubah meskipun bekas Perdana Menteri itu diberikan pengampunan bersyarat.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, setiap kes dikendalikan secara berasingan berdasarkan isu dan siasatan yang terbabit.

“Bagi pihak kami, kes-kes yang masih tertangguh akan kekal seperti biasa. Seperti yang ada sekarang, status quo kekal,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pengampunan bersyarat yang diberikan kepada Najib akan memberi kesan terhadap kes 1MDB dan rayuan yang masih berjalan.

Abd Halim berkata, sesuatu kes tidak boleh disamakan dengan kes lain kerana setiap siasatan membabitkan tuduhan serta isu yang berbeza.

“Kita perlu faham bahawa setiap kes adalah berbeza antara satu sama lain. Ia tidak boleh dikendalikan sebagai kes yang sama dan kes-kes itu berbeza memandangkan sesuatu siasatan itu ditujukan kepada apa yang sedang disiasat, berhubung isu tertentu yang dibangkitkan atau aduan yang dibuat,” katanya.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri memaklumkan perintah berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara.

Related Posts

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

KUALA LUMPUR – Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan tekad memastikan sebahagian institusi pondok mempunyai laluan ke universiti bagi membolehkan lulusan aliran berkenaan turut menyumbang dan mempengaruhi sistem pendidikan awam. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram