Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

TAWAU – Pihak sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan mewujudkan saluran bantuan berkaitan pengurusan haid perlu bagi memastikan remaja atau pelajar perempuan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses kepada keperluan asas tersebut.

Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Rina Jainal berkata, usaha itu penting agar golongan remaja berkenaan mendapat maklumat tepat mengenai pengurusan kebersihan haid serta mendapatkan tuala wanita yang bersih.

“Pihak sekolah juga boleh mempertimbangkan penyediaan tabung khusus di tandas pelajar perempuan, selain menyediakan tuala wanita pada harga murah atau secara percuma kepada mereka yang benar-benar tidak mempunyai kemampuan kewangan.

“Kita tahu harga barangan semakin meningkat dan tuala wanita juga tidak terkecuali. Keadaan ini sedikit sebanyak boleh memberi kesan kepada pelajar yang berdepan kekangan kewangan,” ujarnya kepada media selepas merasmikan Program Bicara Madani: Kemiskinan Haid Peringkat Daerah Tawau 2026, di SMK Tawau II, pada Sabtu.

Rina yang juga ADUN Kukusan berkata, stigma ‘peribadi’ berkenaan pengurusan haid tidak lagi seharusnya disembunyikan sehingga menyebabkan golongan remaja berasa malu atau terasing apabila berdepan masalah terbabit.

Ini kerana katanya, perkara ini adalah normal dalam proses pembesaran dan perubahan biologi yang perlu dilalui wanita.

“Paling penting, mereka perlu mempunyai pengetahuan mengenai cara menjaga diri dan kebersihan ketika mengalami haid.

“Kita kini berada dalam era yang sangat terbuka, dengan maklumat berada di hujung jari. Jadi, perkara berkaitan haid tidak lagi seharusnya dianggap sebagai sesuatu yang perlu disembunyikan.

“Dengan adanya sumber maklumat yang tepat dan mudah diakses, saya percaya golongan remaja boleh mendapatkan pengetahuan yang betul mengenai pengurusan haid serta penjagaan kebersihan diri,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Rina berkata, walaupun program ini masih baharu dan merupakan kali pertama dilaksanakan, beliau berharap ia dapat terus dikembangkan bagi memastikan pelajar tidak berasa terpinggir atau bersendirian ketika menghadapi situasi seperti haid pertama yang sememangnya boleh menjadi satu cabaran kepada golongan remaja.

Program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) dan SMK Tawau II itu menghimpunkan kira-kira 250 pelajar berumur antara 13 hingga 15 tahun.

Related Posts

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PADANG BESAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis menerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Biro Guaman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tampil menawarkan bantuan guaman kepada keluarga seorang murid cemerlang yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

LUMUT – Cubaan membawa masuk 36 warga Indonesia termasuk dua wanita hamil dan tiga kanak-kanak melalui laluan laut tidak sah terbongkar selepas sebuah vesel kayu tanpa nombor pendaftaran ditahan Agensi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Hasrat baiki telefon bertukar tragedi, wanita dakwa dirogol ‘barber’

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Hasrat baiki telefon bertukar tragedi, wanita dakwa dirogol ‘barber’