Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kendali lebih 562,000 penumpang

KOTA BHARU – Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (KBR) merekodkan sebanyak 562,081 pergerakan penumpang bagi tempoh Januari hingga April 2026 susulan kejayaan peluasan dan operasi terminal baharu lapangan terbang itu.

Jumlah tersebut mencatatkan pertumbuhan 3.9 peratus tahun ke tahun sekali gus memperkukuh peranan KBR sebagai hab pengangkutan udara utama di koridor Pantai Timur.

Bagi April sahaja, lapangan terbang berkenaan mengendalikan 131,099 penumpang.

Sementara itu, trafik penumpang antarabangsa di KBR turut menunjukkan peningkatan stabil apabila merekodkan 4,562 penumpang dalam tempoh sama hasil laluan penerbangan ke Singapura kendalian syarikat penerbangan tambang murah, Scoot.

Rangkaian antarabangsa KBR dijangka terus berkembang apabila laluan kedua yang menghubungkan Kota Bharu ke Jakarta, Indonesia bakal memulakan operasi pada Jun menerusi AirAsia.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd, Mohd Izani Ghani berkata, peningkatan kemudahan dan kapasiti pengendalian di KBR meletakkan lapangan terbang itu pada kedudukan terbaik untuk menyokong pertumbuhan trafik masa hadapan.

Beliau berkata, pertumbuhan berterusan rangkaian pasaran tersebut mencerminkan keberkesanan strategi jangka panjang syarikat menerusi pembangunan infrastruktur, pengukuhan ketersambungan syarikat penerbangan dan peningkatan perkhidmatan.

“Langkah ini menyokong komitmen kami untuk membina rangkaian lapangan terbang yang lebih terhubung, berdaya tahan dan kompetitif bagi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, sektor pelancongan serta perdagangan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Dalam perkembangan sama, keseluruhan rangkaian lapangan terbang tempatan di bawah kendalian Malaysia Airports merekodkan 8.1 juta pergerakan penumpang pada April dengan jumlah terkumpul 35.5 juta penumpang bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Daripada jumlah itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengendalikan 5.2 juta pergerakan penumpang pada April dan 22.1 juta penumpang bagi tempoh Januari hingga April 2026, meningkat 10.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Bagaimanapun, berbanding Mac 2026, rangkaian tempatan mencatatkan penurunan 10.6 peratus pergerakan penumpang pada April manakala KLIA merekodkan penyusutan 7.2 peratus bulan ke bulan.

Menurut Malaysia Airports, trend penurunan itu sudah dijangka susulan lonjakan permintaan perjalanan pada Mac lalu sempena Hari Raya Aidilfitri selain penyusunan semula operasi beberapa syarikat penerbangan akibat situasi geopolitik semasa di Asia Barat.

Related Posts

Mekanik sekali lagi dituduh miliki senjata api, peluru hidup

SIK – Seorang mekanik sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan memiliki senjata api dan peluru tanpa lesen yang didakwa dilakukannya pada 6 Mei…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan selesa, jelapang padi dan pendidikan percuma bakal ubah taraf hidup penduduk Undai

PUSA – Kesejahteraan dan taraf hidup masyarakat luar bandar di kawasan Undai, Beting Maro bakal berubah wajah menerusi limpahan pelbagai inisiatif pro-rakyat dan kemudahan infrastruktur yang disalurkan oleh kerajaan Sarawak.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mekanik sekali lagi dituduh miliki senjata api, peluru hidup

Mekanik sekali lagi dituduh miliki senjata api, peluru hidup

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kendali lebih 562,000 penumpang

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kendali lebih 562,000 penumpang

Jalan selesa, jelapang padi dan pendidikan percuma bakal ubah taraf hidup penduduk Undai

Jalan selesa, jelapang padi dan pendidikan percuma bakal ubah taraf hidup penduduk Undai

Program antirasuah perkukuh integriti masyarakat Limbang

Program antirasuah perkukuh integriti masyarakat Limbang

KPKM pertimbang kad fleet diesel bantu sektor pertanian

KPKM pertimbang kad fleet diesel bantu sektor pertanian

Sabah pilih model pertumbuhan seimbang, tolak pembangunan melulu, idealisme ekstrem

Sabah pilih model pertumbuhan seimbang, tolak pembangunan melulu, idealisme ekstrem