STAR perkasa reformasi perkhidmatan awam, fokus kebajikan rakyat

KUALA LUMPUR – Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) terus mempergiat usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam menerusi pendekatan lebih pantas dan berimpak tinggi dalam menangani pelbagai isu rakyat.

Mesyuarat Bilangan 5 Tahun 2026 yang berlangsung semalam dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Menerusi hantaran di Facebook, Shamsul Azri berkata, keutamaan mesyuarat kali ini tertumpu kepada pelaksanaan projek berskala kecil yang memberi manfaat langsung kepada masyarakat, termasuk kerja penyelenggaraan sekolah, tandas awam dan fasiliti komuniti.

“Fokus terus kepada isu rakyat. Pertama, soal projek kecil yang dekat dengan rakyat seperti penyelenggaraan sekolah, tandas dan fasiliti masyarakat.

“Kedua, fokus kepada soal kos sara hidup dan pekerjaan. Berdepan ketidaktentuan ekonomi global, pasukan STAR mencari solusi memperhebatkan pengoperasian tindakan berdasarkan strategi yang telah ditentukan kerajaan.

“Perbincangan turut bersetuju untuk memberi keutamaan kepada badan pemikir dan perunding tempatan dalam peranan advisori kepada kerajaan, di samping mempercepatkan inisiatif pendigitalan dalam perkhidmatan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, STAR menerusi satu kenyataan memaklumkan mesyuarat berkenaan turut meneliti langkah lebih menyeluruh bagi menangani cabaran kos sara hidup dan peluang pekerjaan menerusi pendekatan bersasar yang lebih efektif.

Menurut kenyataan itu, usaha berkenaan merangkumi inisiatif memperkukuh kesejahteraan isi rumah dan memperluas peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Fokus utama ialah memastikan pelaksanaan inisiatif kerajaan dapat membantu mengurangkan tekanan kos kehidupan rakyat, memperluaskan peluang pekerjaan serta meningkatkan kesejahteraan isi rumah.

“Mesyuarat juga meneliti pelaksanaan Projek Kecil CAKNA MADANI yang memberi fokus kepada penyelesaian segera terhadap keperluan asas komuniti setempat.

“Pendekatan ini membolehkan projek berskala kecil dilaksanakan secara lebih cepat dan berimpak langsung kepada rakyat di kawasan yang memerlukan,” katanya.

Selain itu, pelaksanaan Pelan Penghayatan Malaysia MADANI turut diberi perhatian melalui pendekatan komunikasi yang lebih tersusun dan dekat dengan masyarakat bagi memastikan aspirasi Malaysia MADANI dapat difahami secara menyeluruh.

“Usaha ini penting bagi memastikan nilai dan aspirasi MADANI dapat difahami serta dihayati secara lebih menyeluruh oleh masyarakat,” katanya.

Mesyuarat sama turut dimaklumkan mengenai usaha memperluas penglibatan badan pemikir dan pakar tempatan dalam membantu kerajaan menggubal dasar yang lebih praktikal, berasaskan bukti dan berorientasikan hasil.

Dalam usaha meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan, STAR turut memberi perhatian terhadap pelaksanaan inisiatif Kerajaan Tanpa Kertas yang dijangka mampu mempercepat urusan pentadbiran serta mengurangkan penggunaan dokumen fizikal.

“Inisiatif ini akan mempercepatkan urusan pentadbiran, mengurangkan penggunaan dokumen fizikal, serta meningkatkan kecekapan proses kerja kerajaan secara lebih mampan dan responsif,” katanya.

Mesyuarat itu turut menerima taklimat mengenai perkembangan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam sektor awam bagi meningkatkan produktiviti dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kerajaan.

“Pendekatan whole-of-government yang dilaksanakan memberi tumpuan kepada penyelarasan usaha merentas agensi bagi mempercepatkan manfaat penggunaan AI kepada rakyat, perniagaan dan negara,” katanya.

Related Posts

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan transit bagi sebarang penghantaran kargo yang menyokong atau menyumbang kepada operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang berada di Yaman, khususnya di sekitar Mocha dan Taiz, dinasihatkan supaya kekal di lokasi selamat susulan perkembangan terkini di negara berkenaan. Kedutaan Besar Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan