RM14.8 juta bina masjid baharu di Kampung Seberang

MUKAH – Sektor syiar Islam di daerah ini terus diperkukuh menerusi kelulusan dana tambahan RM10 juta oleh Premier Sarawak menjadikan keseluruhan RM14.8 juta bagi pembinaan sebuah masjid baharu di Kampung Seberang Mukah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yaakub Arbi berkata, peruntukan asal sebanyak RM4.8 juta sebelum ini sebenarnya dijadualkan bagi pembinaan sebuah surau di Kampung Litong.

Bagaimanapun katanya, kerajaan Sarawak mengambil keputusan mengubah perancangan tersebut kepada pembinaan sebuah masjid di Kampung Seberang demi memenuhi keperluan mendesak penduduk setempat.

“Keputusan ini dibuat memandangkan kawasan Kampung Seberang ketika ini masih belum mempunyai masjid sendiri bagi menampung keperluan penduduk menunaikan solat Jumaat dan aktiviti keagamaan lain.

“Alhamdulillah, Premier Sarawak bersetuju meluluskan tambahan peruntukan RM10 juta tersebut ketika sesi kunjungan hormat pihak kami baru-baru ini bagi memastikan projek ini dilaksanakan dengan lebih sempurna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sijil Naik Taraf Surau kepada Masjid Darul Ibadah Kampung Sungai Alo, di sini pada Jumaat.

Masjid Darul Ibadah Kampung Sungai Alo melakar sejarah tersendiri apabila diiktiraf secara rasmi sebagai masjid, sekali gus bertindak sebagai pusat ibadah, pendidikan dan perpaduan ummah yang lebih efisien.

Sijil pengiktirafan tersebut diserahkan oleh wakilnya, Muhammad Adib Saini kepada Pengerusi Masjid Darul Ibadah Kampung Sungai Alo, Yusuf Lai.

Related Posts

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

KUANTAN – Tiga projek Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) di bawah Kementerian Ekonomi akan dilaksanakan di kawasan Tanjung Lumpur dekat sini untuk kemudahan warga petani di situ. Ketua Cabang PKR Kuantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

KOTA KINABALU – Kerajaan berhasrat memperkenalkan dan menguji teknologi ‘direct to device’ daripada satelit terus ke telefon bimbit dalam pelaksanaan Program JENDELA Fasa Dua bagi memperluas liputan komunikasi khususnya di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

  • By Ithma
  • August 10, 2026
‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini