Pas, Bersatu terkena ‘sumpahan tebuk atap’ – Pemerhati politik

PEMERHATI politik, Ahmad Mursi, menyifatkan Pas dan Bersatu kini berdepan sumpahan politik susulan isu ‘tebuk atap’ yang dilihat semakin menggugat hubungan kedua-dua parti dalam Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dilihat sudah memberi bayangan bahawa Pas bersedia mengambil haluan sendiri tanpa Bersatu selepas timbul beberapa ketegangan mutakhir membabitkan kedua-dua parti.

Menurutnya, Abdul Hadi dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan Bersatu yang menggugat kedudukan kerajaan Pas di Perlis, selain menarik diri daripada percaturan politik tertentu di Negeri Sembilan.

“Isu ‘tebuk atap’ kini seperti menjadi sumpahan kepada Pas dan Bersatu sendiri apabila kedua-dua parti mula berdepan konflik sesama mereka.

“Keadaan ini menunjukkan hubungan dalam PN semakin rapuh dan berpotensi membawa kepada perpecahan lebih besar,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Sabtu.

Ahmad Mursi berkata, alasan dikemukakan pimpinan Pas kebelakangan ini juga dilihat sebagai usaha membentuk penerimaan penyokong parti itu terhadap kemungkinan Pas bergerak tanpa Bersatu selepas ini.

Beliau berkata faktor kewangan dan kekuatan jentera politik menjadi antara pertimbangan utama Pas dalam menentukan strategi politik menjelang pilihan raya akan datang.

“Pas memerlukan dana besar untuk mempertahankan kerusi dimenangi, malah kos politik semakin meningkat.

“Disebabkan itu, Pas dilihat sedang menilai pilihan politik baharu termasuk kemungkinan memperkukuh semula hubungan dengan UMNO,” katanya.

Jelas beliau, beberapa kenyataan pimpinan Pas sejak kebelakangan ini juga memberi gambaran bahawa parti itu masih memerlukan platform PN bagi menampilkan imej lebih nasional.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya hubungan Pas dan Bersatu terus meruncing, ia turut dijangka memberi kesan kepada parti komponen lain seperti Gerakan dan Malaysian Indian People Party (MIPP).

Ahmad Mursi turut berkata, ketegangan politik antara Pas dan Bersatu berpotensi mencetuskan perkembangan baharu di Perlis termasuk kemungkinan berlaku usul undi tidak percaya atau pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata, Pas kini dilihat berada dalam keadaan terpaksa mempertahankan pengaruh politiknya dalam PN walaupun tanpa sokongan penuh Bersatu.

Related Posts

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

GEORGE TOWN – Tiada sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Barisan Nasional (BN). Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Kalau sudah pilih rumah sebelah, jangan pegang kunci rumah lama’ – Mahfuz

Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyatakan kesediaan untuk meletakkan jawatan jika diarahkan Perdana Menteri. Menurut Mahfuz, isu sebenar bukan tentang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas perlu contohi kepimpinan AMANAH – Vigneswaran

Pas perlu contohi kepimpinan AMANAH – Vigneswaran

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan