Projek lampu jalan Terbat-Mapu siap, perkukuh keselamatan dan kemudahan penduduk Tebedu

TEBEDU – Usaha meningkatkan keselamatan dan kemudahan infrastruktur luar bandar terus diberi perhatian apabila projek pemasangan lampu jalan di Jalan Terbat-Mapu, Daerah Tebedu berjaya disiapkan dan diserahkan secara rasmi kepada penduduk setempat.

Majlis Serah Projek Siap tersebut telah diadakan di Dewan Kampung Terbat Leban dan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang Bada bersama penduduk kampung serta wakil agensi pelaksana yang terlibat.

Dalam ucapannya, beliau berkata, pelaksanaan projek lampu jalan itu merupakan salah satu inisiatif penting kerajaan dalam memastikan penduduk luar bandar menikmati kemudahan asas yang lebih baik, khususnya dari segi keselamatan pengguna jalan raya pada waktu malam.

Menurut beliau, pemasangan lampu jalan bukan sahaja membantu meningkatkan tahap pencahayaan di kawasan laluan utama kampung, malah mampu mengurangkan risiko kemalangan serta memberi keselesaan kepada penduduk yang menggunakan jalan tersebut setiap hari.

Simon turut memaklumkan bahawa di kawasan Kedup, beberapa sektor jalan lain turut sedang dan akan dilaksanakan pemasangan lampu jalan secara berperingkat bagi memastikan lebih banyak kawasan luar bandar mendapat manfaat yang sama.

Antara sektor jalan yang terlibat ialah sepanjang Jalan Mongkos, sektor Jalan Terbat-Mapu, Jalan Bunan-Kampung Mongkos, Jalan Mantung Marau hingga Batu 11, Jalan Antayan serta Jalan Merbau melibatkan laluan Kampung Meboi hingga Batu Kudi.

Pelaksanaan projek-projek tersebut menggunakan dana daripada Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA) dengan kerjasama agensi pelaksana iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Sarawak Energy Berhad (SEB).

Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek tersebut termasuk agensi kerajaan, kontraktor serta penduduk kampung yang memberikan kerjasama sepanjang proses pelaksanaan dijalankan.

Menurutnya lagi, semua projek pemasangan lampu jalan di sektor-sektor yang telah dikenal pasti itu dijangka dapat dikomisikan sepenuhnya menjelang Disember 2026.

Penduduk setempat juga diminta untuk terus bersabar sementara menunggu proses pelaksanaan di kawasan lain selesai sepenuhnya demi memastikan setiap projek dapat dilaksanakan dengan baik dan memberi manfaat jangka panjang kepada masyarakat luar bandar di kawasan Tebedu dan sekitarnya.

Related Posts

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditahan selepas dipercayai memiliki dadah jenis syabu dalam Op Tapis Khas di sekitar Kabong pada Isnin. Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

KUCHING – Kerajaan Selangor dan Sarawak sepakat menjalin kerjasama strategik bagi membangunkan sektor ekonomi kreatif, keusahawanan, dan pembangunan belia melangkaui perbezaan ideologi politik.   Persetujuan itu dicapai susulan kunjungan hormat Exco…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima