MSSD Limbang platform terbaik lahir atlet muda berkualiti

LIMBANG – Kerajaan terus komited memperkukuh pembangunan pendidikan dan sukan di daerah ini menerusi kerjasama erat bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Limbang dalam usaha melahirkan generasi muda yang cemerlang dan berdaya saing.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Industri Makanan), Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, pembangunan sukan di peringkat sekolah memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri pelajar.

Menurut beliau, sukan bukan sahaja membantu kecemerlangan akademik, malah memupuk disiplin tinggi, semangat kesukanan dan daya kepimpinan dalam kalangan generasi muda.

“Pembangunan sukan perlu diberi perhatian kerana ia mampu membentuk sahsiah, meningkatkan keyakinan diri serta memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan pelajar.

“Melalui kejohanan seperti ini juga, kita dapat melahirkan atlet muda berkualiti yang mampu bersaing pada peringkat lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Limbang di Kompleks Sukan Limbang pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, kejohanan sukan seperti MSSD mampu menjadi platform terbaik untuk mencungkil bakat baharu yang berpotensi mewakili daerah, negeri dan negara pada masa hadapan.

Tegasnya, sinergi antara pihak kerajaan, sekolah, ibu bapa dengan komuniti amat penting untuk memastikan pembangunan pendidikan serta sukan di daerah berkenaan terus diperkasa secara menyeluruh.

Dalam pada itu, beliau turut memuji usaha Zon C dan Zon D serta jawatankuasa pengelola yang berjaya menganjurkan kejohanan tersebut dengan lancar dan teratur.

Jelasnya, kejayaan penganjuran berkenaan membuktikan komitmen tinggi semua pihak dalam memastikan program pembangunan pelajar dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Untuk rekod, kejohanan tersebut melibatkan penyertaan daripada 35 sekolah di seluruh daerah Limbang dengan pelbagai acara olahraga dipertandingkan.

Sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan sukan sekolah, Abdul Rahman turut menyampaikan sumbangan dana berjumlah RM20,000 kepada MSSD Limbang.

“Sumbangan ini diharap dapat digunakan bagi meningkatkan kemudahan, latihan dan penganjuran program sukan demi melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa akan datang,” ujarnya.

Related Posts

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditahan selepas dipercayai memiliki dadah jenis syabu dalam Op Tapis Khas di sekitar Kabong pada Isnin. Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

KUCHING – Kerajaan Selangor dan Sarawak sepakat menjalin kerjasama strategik bagi membangunkan sektor ekonomi kreatif, keusahawanan, dan pembangunan belia melangkaui perbezaan ideologi politik.   Persetujuan itu dicapai susulan kunjungan hormat Exco…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima

Peneroka FELDA rugi lebih RM6,000 lembu dibaham harimau

Peneroka FELDA rugi lebih RM6,000 lembu dibaham harimau