Al-Sultan Abdullah titah pekebun, petani amal kaedah pertanian selamat

CAMERON HIGHLANDS – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya para pekebun dan petani yang mengusahakan tanaman secara rumah hijau di Cameron Highlands mengamalkan kaedah pertanian tanpa penggunaan racun serangga serta bahan kimia berbahaya.

Baginda bertitah, amalan pertanian lebih selamat, moden dan mesra alam penting bagi memastikan hasil tanaman berkualiti tinggi, selamat dimakan serta mampu memelihara kelestarian alam sekitar di kawasan tanah tinggi itu.

“Pihak kerajaan Belanda (Netherlands) bersama syarikat-syarikat dari negara itu telah banyak berkongsi input, teknologi serta kaedah pertanian moden yang bernas kepada para petani di Cameron Highlands dalam usaha meningkatkan mutu serta produktiviti hasil pertanian tempatan.

“Malah, pendekatan pertanian moden yang diperkenalkan termasuk penggunaan teknologi pintar dan kaedah kawalan biologi mampu membantu para petani mengurangkan kebergantungan terhadap racun serangga dan bahan kimia berbahaya,” titah baginda dalam satu hantaran di Facebook Kesultanan Pahang.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut menyarankan agar kerajaan negeri serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan terus mengkaji dan memperkenalkan kaedah baharu dalam sektor pertanian moden.

Titah baginda, langkah itu penting bagi meningkatkan keyakinan para petani di Pahang untuk beralih kepada sistem pertanian yang lebih mampan dan berteknologi tinggi.

“Usaha tersebut penting bagi memastikan pengeluaran hasil tanaman yang lebih berkualiti, berdaya saing serta kompetitif untuk menembusi pasaran domestik dan antarabangsa.

“Ia sekali gus memperkukuhkan sektor pertanian negeri sebagai antara penyumbang utama ekonomi negara,” titah baginda lagi.

Selain itu, baginda berharap para petani di negeri ini dapat memanfaatkan segala ilmu, teknologi dan kepakaran yang dikongsikan demi memastikan sektor pertanian di Cameron Highlands terus berkembang secara mampan, moden dan berdaya saing.

Related Posts

Giliran penduduk FELDA Sungai Tekam Utara terima sumbangan BN Pahang

KUANTAN – Seramai 20 penduduk FELDA Sungai Tekam Utara, dekat Jerantut menerima sumbangan Bakti Negeri (BN) Pahang, petang ini. Sumbangan itu diserahkan kepada penerima oleh Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerantut,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gelanggang futsal Jengka 24 diserah secara rasmi sempena program Hasrat MADANI

KUANTAN – Gelanggang futsal FELDA Jengka 24, dekat Jerantut, diserahkan secara rasmi hari ini kepada pihak pengurusan FELDA berkenaan. Majlis penyerahan itu dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan) Pahang, Rizal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zafrul akan pastikan Anwar kekal PM penggal kedua

Zafrul akan pastikan Anwar kekal PM penggal kedua

Pandan jadi ‘Parlimen angkat’ Anwar

Pandan jadi ‘Parlimen angkat’ Anwar

Giliran penduduk FELDA Sungai Tekam Utara terima sumbangan BN Pahang

Giliran penduduk FELDA Sungai Tekam Utara terima sumbangan BN Pahang

Gelanggang futsal Jengka 24 diserah secara rasmi sempena program Hasrat MADANI

Gelanggang futsal Jengka 24 diserah secara rasmi sempena program Hasrat MADANI

Kampung Bantayan dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI

Kampung Bantayan dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI

6 suspek kes bunuh pemuda di Pekan Nanas dicekup kurang 24 jam

6 suspek kes bunuh pemuda di Pekan Nanas dicekup kurang 24 jam