Rafizi, Nik Nazmi perlu fikir kepentingan pengundi sebelum letak jawatan

TINDAKAN meletakan jawatan membabitkan dua bekas pemimpin kanan parti Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Rafizi Ramili dan Nik Nazmi Nik Ahmad sewajarnya mengambil kira kepentingan pengundi yang telah memberi mandat kepada mereka.

Setiausaha Pengelola PKR Selangor, Jestin Raj Savarimuthu berkata, pengundi memilih seseorang Ahli Parlimen bukan sekadar untuk memegang jawatan dalam parti atau kerajaan, sebaliknya sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab membawa suara serta menyelesaikan isu di kawasan masing-masing.

“Sebagai ahli parti, saya berasa kecewa. Namun perkara yang lebih mengecewakan ialah kesannya terhadap institusi Parlimen dan pengundi.

“Jika saya seorang pengundi di kawasan terbabit, saya juga akan berasa kecewa kerana mereka dipilih untuk menjadi suara rakyat dan membawa masalah masyarakat ke peringkat lebih tinggi,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) hari ini.

Beliau berkata, meskipun seseorang pemimpin tidak lagi memegang jawatan dalam Kabinet atau parti, tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen tetap perlu diutamakan kerana mandat yang diberikan datang daripada rakyat.

Katanya, tindakan meninggalkan jawatan atau menarik diri terlalu awal berisiko menjejaskan keyakinan rakyat terhadap ahli politik dan parti yang diwakili.

“Pengundi mungkin mula mempersoalkan kepercayaan terhadap pemimpin yang dipilih. Perkara ini boleh memberi kesan kepada sokongan rakyat pada pilihan raya akan datang.

“Pilihan raya umum juga bukan lagi terlalu jauh. Jika mereka dapat meneruskan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen sehingga tamat tempoh, mungkin perkara ini dapat dilihat dengan lebih baik oleh rakyat,” katanya.

Jestin Raj turut berpandangan bahawa keputusan melepaskan jawatan tidak hanya memberi kesan kepada individu atau parti, malah turut memberi implikasi kepada persepsi rakyat terhadap kestabilan politik dan komitmen wakil rakyat terhadap amanah yang diberikan.

Ujarnya, perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah menjaga kepercayaan pengundi kerana mereka merupakan asas kepada kekuatan sesebuah parti politik.

Terdahulu, pada 17 Mei lalu, Ahli Parlimen Pandan dan Ahli Parlimen Setiawangsa itu mengumumkan peletakan jawatan masing-masing sebagai Ahli Parlimen yang berkuat kuasa Isnin lalu dalam Majlis Pengumuman Hala Tuju Politik Rafizi dan Nik Nazmi.

Bekas Timbalan Presiden PKR dan bekas Naib Presiden PKR itu turut mengumumkan keluar daripada parti berkenaan berkuat kuasa Selasa menerusi surat yang dihantar kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh.

Dalam pengumuman sama, kedua-dua pemimpin terbabit turut memaklumkan pengambilalihan Parti Bersama Malaysia (Bersama) sebagai platform politik baharu mereka.

Related Posts

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

BERSATU mempersoalkan tindakan Pas yang didakwa berusaha merampas Perikatan Nasional (PN) walaupun gabungan itu diasaskan, didaftarkan dan dibangunkan oleh Bersatu. Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, persoalan utama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis Pas-Bersatu boleh jejas sokongan PN pada PRN Johor, Negeri Sembilan

KRISIS yang melanda Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) berpotensi menghakis keyakinan pengundi, khususnya dalam kalangan kelas pertengahan, pengundi kritis dan kelompok progresif menjelang Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu