Percaturan baharu ala Rafizi berisiko ulang sejarah menjadi kubur politik

DINAMIKA politik baharu yang dikaitkan dengan langkah Datuk Seri Rafizi Ramli di bawah payung Parti Bersama Malaysia (Bersama) berpotensi mengulangi sejarah gerakan politik terdahulu yang muncul dengan momentum besar, namun gagal bertahan dalam tempoh panjang.

Pandangan itu disuarakan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin yang berpandangan sejarah politik negara membuktikan kebanyakan politik baharu sukar mengekalkan pengaruh serta sokongan rakyat.

Beliau berkata, landskap politik di peringkat pusat dan negeri perlu dilihat secara berasingan kerana kedua-duanya mempunyai dinamika serta pola sokongan yang berbeza.

“Di peringkat pusat, kita melihat kerajaan dibentuk melalui konsep Kerajaan Perpaduan, namun pendekatan itu tidak semestinya diterima atau diterjemahkan dalam konteks politik negeri.

“Di negeri tertentu seperti Johor dan Melaka, corak politik dan kerjasama parti mempunyai dinamikanya yang tersendiri,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) pada Khamis.

Shamsul Amri berkata, tokoh politik seperti Rafizi serta beberapa pemimpin lain lebih banyak memainkan peranan di peringkat nasional dan kabinet, namun pengaruh mereka di peringkat akar umbi negeri masih terhad.

Katanya, meskipun langkah politik baharu sering menarik perhatian masyarakat terutama dalam media sosial dan kelompok bandar, pengaruh itu tidak semestinya diterjemahkan kepada sokongan besar dalam pilihan raya.

“Ramai bimbang dengan kemunculan politik baharu, namun sejarah menunjukkan politik baharu lazimnya tidak bertahan lama.

“Kalaupun mampu bertahan lebih daripada satu kitaran pilihan raya, akhirnya ia akan berdepan cabaran untuk mengekalkan momentum dan pengaruh,” katanya.

Mengulas mengenai pendekatan yang dibawa oleh Rafizi, Shamsul Amri berkata, ia tidak dijangka memberi kesan besar terhadap Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), khususnya jika sokongan lebih tertumpu dalam kalangan pengundi bandar.

Menurutnya, corak kecenderungan pengundi Melayu ketika ini juga semakin jelas mengikut kawasan dan latar sosial masyarakat.

“Di bandar, kecenderungan sokongan lebih memihak kepada Pakatan Harapan (PH), manakala di luar bandar pula sokongan lebih cenderung kepada Perikatan Nasional (PN).

“Pilihan itu sebahagian besarnya sudah terbentuk berdasarkan pengalaman dan kecenderungan pengundi sendiri,” katanya.

Beliau berkata, golongan pengundi luar bandar serta dan masyarakat setempat lebih menumpukan perhatian kepada isu kehidupan harian dan kos sara hidup berbanding perdebatan politik yang banyak dimainkan di media sosial.

Related Posts

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

KOTA KINABALU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah terus memperkukuhkan struktur organisasi parti di peringkat negeri bagi memastikan kesiapsiagaan jentera serta mempertingkatkan keberkesanan gerak kerja politik dan organisasi menjelang cabaran-cabaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bukan DAP arah Aminuddin bubar DUN, itu keputusan konsensus pimpinan tertinggi PH

KUALA LUMPUR – DAP menolak dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli bahawa parti tersebut telah memberi tekanan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, untuk membubarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak

Orang ramai diminta beli air ikut keperluan, elak pembelian panik

Orang ramai diminta beli air ikut keperluan, elak pembelian panik

Polis sahkan ‘kapal terbang tersadai’ di Sungai Kandis tidak benar

Polis sahkan ‘kapal terbang tersadai’ di Sungai Kandis tidak benar

Gangguan bekalan air di Miri bermula 10 Jun

Gangguan bekalan air di Miri bermula 10 Jun