Lelaki warga emas guna lori ais kumpul diesel terbongkar

SUNGAI PETANI – Helah seorang lelaki warga emas menggunakan lori ais untuk mengumpul minyak diesel terbongkar apabila dia ditahan di sebuah stesen minyak, di sini semalam.

Penahanan lelaki tempatan berusia 61 tahun kira-kira pukul 11 pagi itu adalah hasil risikan dan intipan selama dua minggu oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri.

Menurut KPDN negeri, dalam serbuan itu, pihaknya menemukan satu tong IBC berkapasiti 1,000 liter yang penuh berisi cecair disyaki minyak diesel.

“Hasil siasatan awal oleh pasukan serbuan terhadap suspek mendapati minyak di dalam tong IBC tersebut dibeli di empat buah stesen sekitar Sungai Petani.

“Serbuan tersebut dilakukan di stesen minyak keempat” katanya di sini, hari ini.

Katanya, kesemua barang yang dijumpai semasa serbuan disita dan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM38,005.

“Kes disiasat di bawah kesalahan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) kerana memiliki barang kawalan (minyak diesel) tanpa permit menyimpan,” ujarnya.

KPDN Kedah menyeru sama ada pengguna, peniaga mahupun pihak industri atau mana-mana organisasi menyokong Gerakan Membasmi Manipulasi dan Ketirisan (Kita Gempur).

Related Posts

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

IPOH – Seorang wanita didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan bersama dadah, simpan objek menyerupai pistol dan 208 peluru hidup

IPOH – Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai aktif mengedar dadah sejak empat bulan lalu terbongkar apabila dia ditahan bersama ketamin, MDMA serta pelbagai objek menyerupai senjata api dan ratusan peluru…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka