Unimas mahu pendekatan inklusif tanpa jejas kualiti – Naib Canselor

KOTA SAMARAHAN – Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menyambut baik usaha memperluas akses kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) secara inklusif, namun menegaskan ia sama sekali tidak boleh menjejaskan prinsip merit, integriti serta kualiti akademik institusi berkenaan.

Itu ketegasan yang disuarakan oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr Ahmad Hata Rasit berhubung sebarang pendekatan berkaitan laluan kemasukan ke pendidikan tinggi awam ketika ini.

Menurut beliau, dasar tersebut perlu dirangka secara menyeluruh dengan mengambil kira kapasiti universiti, kesesuaian program pengajian serta keperluan pembangunan semasa negara.

Jelasnya, peluasan akses pendidikan tinggi ini juga perlu diseimbangkan dengan tahap kesiapsiagaan akademik pelajar bagi memastikan kecemerlangan institusi terus terpelihara.

“Prinsip merit, kesediaan akademik dan jaminan kualiti tidak boleh diketepikan dalam apa juga bentuk laluan kemasukan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Ahmad Hata berkata, universiti awam kekal memainkan peranan penting dalam menyediakan peluang pendidikan kepada pelajar yang layak, selain memperkukuh perpaduan nasional dan menyumbang kepada pembangunan modal insan negara.

Bagaimanapun tegasnya, setiap institusi mempunyai mandat, kapasiti dan penawaran bidang pengajian yang berbeza, justeru pelaksanaan dasar kemasukan tidak boleh diseragamkan secara bulat-bulat tanpa mengambil kira fungsi universiti masing-masing.

“Tidak semua IPTA menawarkan struktur program atau pendekatan kemasukan yang sama, maka pelaksanaan dasar perlu selaras dengan keupayaan serta keputusan akademik institusi itu sendiri,” jelasnya.

Menyentuh berkenaan ekuiti pendidikan di Sarawak, beliau menekankan wilayah itu memerlukan perhatian khusus berikutan masih ramai pelajar dari kawasan luar bandar dan pedalaman yang berdepan cabaran geografi serta sosioekonomi.

Tambah beliau, keadilan dalam pendidikan tinggi bukan sekadar menyediakan peluang kemasukan semata-mata, sebaliknya wajib merangkumi penyediaan sokongan akademik, pemantauan berterusan dan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

“Sokongan berterusan ini amat penting bagi membantu pelajar menyesuaikan diri dengan sistem universiti, sekali gus mengekalkan prestasi cemerlang sepanjang tempoh pengajian.

“Oleh itu, dasar pendidikan tinggi negara perlu terus menyeimbangkan akses yang inklusif dengan kecemerlangan akademik bagi memastikan sistem pendidikan kekal relevan, berkualiti dan berdaya saing,” ujarnya.

  • Related Posts

    Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

    SANDAKAN – Dua lelaki ditahan selepas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah membongkar kegiatan disyaki menyeleweng minyak diesel bersubsidi membabitkan nilai keseluruhan rampasan lebih RM2 juta di sebuah jeti…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

    ROBAN – Kegiatan seorang lelaki tempatan yang menjadikan jualan nombor loteri awam haram sebagai sumber pendapatan sampingan terbongkar selepas ditahan dalam satu serbuan di sebuah pondok rehat di tebingan Sungai…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

    HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

    Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

    • By Fandi
    • September 11, 2026
    Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

    Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

    Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

    Taktik licik jual dadah sintetik guna istilah berkod dalam perhatian kerajaan

    Taktik licik jual dadah sintetik guna istilah berkod dalam perhatian kerajaan

    Keputusan had usia keahlian Puteri UMNO wajar diberi jawapan jelas

    Keputusan had usia keahlian Puteri UMNO wajar diberi jawapan jelas

    Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

    Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong