BUDI Diesel: Kerajaan belum bincang klasifikasi baharu T20 – Amir Hamzah

BALIK PULAU – Kerajaan belum membincangkan sebarang cadangan untuk mewujudkan klasifikasi baharu membabitkan kumpulan berpendapatan tinggi setakat ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, sebaliknya kerajaan akan memberi tumpuan kepada penambahbaikan inisiatif BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) sedia ada.

“Kami (kerajaan) tidak membincangkan apa-apa untuk klasifikasi T20, kita tidak bincang lagi, jadi saya tidak tahu macam mana yang (isu) T20 ini keluar.

“Pendekatan kita ialah untuk melihat penggunaan diesel untuk seluruh negara, kita menggunakan pendekatan yang dibuat dalam BUDI Diesel kerana kita berasakan sistem yang ada itu cukup lengkap dan adil untuk semua orang dan kita akan memperluas ke Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian dan Penyerahan Blok Tambahan Kelas Prasekolah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan Tan Sri Awang Had Salleh, di sini, pada Ahad.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM), Datuk Wan Hashim Wan Rahim.

Mengulas harapan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) supaya kerajaan mempertimbangkan semula pemberian subsidi bahan api bulanan sebanyak 300 liter di bawah BUDI95 kepada warga pendidik, Amir Hamzah berkata, kerajaan perlu mengambil kira keadaan semasa pasaran minyak global serta beban subsidi yang ditanggung negara.

Beliau berkata, konflik di Asia Barat memberi tekanan terhadap bekalan minyak dunia, sekali gus menyebabkan peningkatan kos subsidi kerajaan daripada sekitar RM700 juta sebulan kepada hampir RM7 bilion pada Mac lalu, sebelum menurun kepada antara RM3.5 bilion hingga RM4 bilion kebelakangan ini.

Katanya, pendekatan kerajaan ketika ini tertumpu kepada usaha memastikan bekalan bahan api mencukupi, di samping menggalakkan penggunaan secara berhemah.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kini boleh memohon pembiayaan melalui Kemudahan Kestabilan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME SRF) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM5 bilion.

Katanya, PMKS yang layak boleh memohon pembiayaan sehingga RM750,000 dengan kadar faedah atau keuntungan maksimum sebanyak 3.7 peratus setahun.

Jumaat lalu, Presiden NUTP, Aminuddin Awang, berharap kerajaan mempertimbangkan semula pemberian subsidi bahan api bulanan sebanyak 300 liter kepada warga pendidik sempena sambutan Hari Guru susulan terdapat guru yang menggunakan kuota subsidi BUDI95 individu bagi urusan rasmi.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit