Masidi tegas penstrukturan semula Gagasan Rakyat demi masa depan parti

KOTA KINABALU – Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Masidi Manjun menegaskan penstrukturan semula parti merupakan langkah penting bagi memastikan kelangsungan dan pembaharuan kepimpinan parti untuk masa depan.

Beliau berkata, pindaan perlembagaan yang dicadangkan bukan sahaja bertujuan memperkukuhkan struktur organisasi parti, malah membuka ruang lebih luas kepada generasi baharu untuk tampil memimpin.

“Kepimpinan sedia ada perlu menerima hakikat bahawa proses peralihan kepimpinan harus dilakukan demi memastikan parti terus relevan dan mampu berkembang.

“Kita mahu menyediakan masa depan untuk generasi seterusnya. Sebagai pemimpin, antara tanggungjawab paling penting ialah menyediakan pelapis kepimpinan kepada parti,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Ucapan Penggulungan Persidangan Agung Khas Gagasan Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Ahad.

Masidi berkata, struktur baharu yang dicadangkan memberi penekanan kepada konsep pasukan kepimpinan (leadership team) bagi menghimpunkan semua bakat dan kekuatan pemimpin dalam satu organisasi lebih mantap.

“Pemimpin juga perlu bersedia memberi peluang kepada individu yang lebih berkebolehan demi memperkukuhkan parti.

“Kalau ego menguasai kita, lambat-laun parti akan jatuh. Kita perlu berjiwa besar dan memberi ruang kepada mereka yang mampu memimpin bersama,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan bahawa parti itu kini berada dalam fasa lebih matang dan perlu melahirkan pemimpin yang mampu bersaing bukan sahaja di peringkat negeri tetapi juga di peringkat kebangsaan.

Jelas Masidi, kestabilan politik, keharmonian kaum dan agama serta pengurusan Kerajaan Negeri yang baik menjadi faktor penting yang meningkatkan keyakinan pelabur terhadap Sabah.

“Apa yang lebih penting adalah membangunkan negeri serta memastikan setiap rakyat mendapat manfaat daripada pembangunan yang dilaksanakan.

“Justeru, usaha memperkukuh dan meningkatkan kualiti kepimpinan parti perlu diteruskan agar pentadbiran negeri dapat diurus dengan lebih berkesan dan teratur,” tambahnya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi tumpuan kepada kerja dan pencapaian sebenar berbanding retorik politik semata-mata.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh ahli parti menyokong pindaan dan penstrukturan semula parti bagi memastikan Gagasan Rakyat terus relevan serta mampu melahirkan kepimpinan berkualiti demi masa depan Sabah.

  • Related Posts

    Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

    KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

    KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencabar Perdana Menteri menjawab persoalan berkaitan integriti dan beberapa isu yang didakwa masih belum mendapat penjelasan tuntas. Akmal berkata,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

    • By Ithma
    • September 10, 2026
    Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

    Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

    Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

    Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

    Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

    Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

    Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

    Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

    Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

    Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

    Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula