Pastikan keselamatan petugas kesihatan dilindungi sepenuhnya – Hong Seng

KUCHING – Komitmen terhadap perlindungan dan keselamatan petugas barisan hadapan terus diperkasa dengan penganjuran Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) 2026 yang dirasmikan di Auditorium CRC, Hospital Umum Sarawak (HUS).  

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Datuk Wee Hong Seng.  

Membawa tema ‘Mencegah Hari Ini, Melindungi Esok’, penganjuran program pada tahun ini disifatkan sebagai satu seruan tindakan yang proaktif untuk beralih daripada sekadar pematuhan rutin kepada mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap aspek keselamatan.  

Dalam ucapannya, Hong Seng menegaskan para petugas kesihatan merupakan tulang belakang kepada sistem perubatan negara, namun mereka sering terdedah kepada pelbagai bahaya pada setiap hari termasuklah risiko jangkitan, bahan kimia, ancaman fizikal, keganasan di tempat kerja, serta tekanan mental.  

“Jika kita mengharapkan mereka untuk menjaga orang lain, kita mesti terlebih dahulu memastikan mereka dilindungi sepenuhnya,” kata beliau.  

Beliau turut menekankan keselamatan bukanlah sekadar satu dasar atau tanggungjawab yang diletakkan pada bahu satu jabatan sahaja. 

Sebaliknya, kata beliau lagi, ia adalah satu bentuk corak pemikiran, budaya kerja, dan tanggungjawab bersama yang wajib dipupuk bermula dari peringkat kepemimpinan atasan sehingga ke petugas barisan hadapan.  

“Segala usaha dan inisiatif proaktif yang dijalankan seperti penilaian risiko, program latihan, kesiapsiagaan kecemasan, serta pengawasan kesihatan,bukanlah sekadar aktiviti biasa. Ia merupakan satu pelaburan penting untuk warga kerja, ketahanan organisasi, dan juga masa depan sistem penjagaan kesihatan kita,” tambahnya lagi.  

Majlis tersebut turut menyaksikan kolaborasi yang utuh antara pihak HUS dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam usaha memperkukuh kesiapsiagaan kecemasan hospital berkenaan.  

Sementara itu, Pengarah HUS, Dr Ngian Hie Ung menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak APM atas komitmen mereka selama bertahun-tahun dalam membantu melatih barisan kepimpinan dan Pegawai Keselamatan, Kesihatan dan Tindak Balas Kecemasan (SHEROS).  

Menurut Dr Ngian, segala latihan dan kemahiran yang diterapkan amat bernilai kerana persekitaran tempat kerja yang mematuhi tahap keselamatan bukan sahaja melindungi para petugas, malah ia secara langsung memastikan keselamatan pesakit yang menerima rawatan. 

Beliau berharap bengkel dan pendedahan berterusan ini akan memberi impak yang positif kepada semua peserta yang terlibat.  

Turut hadir menyerikan majlis perasmian tersebut ialah Ketua Jabatan Kesihatan Awam, Dr Wong Khung Ying; Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuching, Lt. Kol. (PA) Ismail Mahedin, serta anggota-anggota APM. 

Penganjuran minggu kempen ini diharap dapat menjadi platform terbaik untuk mencetuskan kesedaran, memperkukuh kebertanggungjawaban, serta menginspirasikan tindakan di setiap peringkat jabatan.

Related Posts

Anak kandung disyaki terlibat dalam kematian ibu di Tambunan

TAMBUNAN – Polis menahan seorang lelaki berusia 31 tahun bagi membantu siasatan kematian ibu kandungnya yang ditemukan dengan kesan kecederaan akibat senjata tajam di sebuah rumah sewa di Kampung Katagayan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

NIAH – Program JIWA@Komuniti sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 terus menjadi platform strategik bagi memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat, khususnya buat penduduk di sekitar kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anak kandung disyaki terlibat dalam kematian ibu di Tambunan

  • By Ezmie
  • September 12, 2026
Anak kandung disyaki terlibat dalam kematian ibu di Tambunan

Anwar, Putin bincang penerbangan terus, bebas visa Malaysia-Rusia

Anwar, Putin bincang penerbangan terus, bebas visa Malaysia-Rusia

UMNO masih rasa ‘abang besar’, walau politik sudah berubah

UMNO masih rasa ‘abang besar’, walau politik sudah berubah

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

  • By Aden
  • September 12, 2026
Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar