KPM lulus pelaksanaan subjek Bahasa Inggeris bagi DLP Sarawak menjelang 2029

KUCHING – Perjuangan Sarawak dalam memartabatkan hak autonomi pendidikan di bawah semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus membuahkan hasil apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meluluskan pelaksanaan subjek Sains Komputer serta Reka Bentuk diajar dalam Bahasa Inggeris.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, kelulusan itu dikhususkan bagi pelajar di bawah kohort Program Dwibahasa (DLP) Sarawak yang akan melangkah ke Tingkatan 4 menjelang tahun 2029.

Menurut beliau, pencapaian yang sangat signifikan ini bukan sahaja memperkukuh kelangsungan laluan dasar DLP Sarawak, malah menyokong penuh aspirasi jangka panjang negeri dalam memperkasakan agenda Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Saya dengan sukacitanya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini melalui libat urus berterusan di bawah semangat MA63, KPM telah bersetuju agar subjek Sains Komputer dan Reka Bentuk diajar sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris bagi pelajar DLP Sarawak bermula 2029,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Isnin. 

Menjelas lanjut, Roland memberitahu kumpulan pertama pelajar di bawah inisiatif DLP Sarawak ketika ini sedang berada di Tingkatan 1 (kohort 2026) dan mereka akan menjadi kumpulan perintis bagi pelaksanaan subjek aliran baharu ini dalam Bahasa Inggeris apabila memasuki Tingkatan 4 nanti.

Bagi menjamin kelancaran peralihan dasar tersebut, beliau menegaskan kementeriannya kini sedang giat bekerjasama rapat dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dan KPM untuk fasa persediaan awal.

“Fokus utama kita ketika ini adalah untuk memastikan kesiapsiagaan penuh dari pelbagai sudut pelaksanaan, terutamanya melibatkan tahap kompetensi guru serta penyediaan mekanisme penyampaian yang mantap bagi menyokong inisiatif ini,” tambah beliau lagi.

Foto: Jabatan Penerangan Sarawak

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan