Notis kekosongan kerusi Parlimen Rafizi, Nik Nazmi belum diterima Dewan Rakyat

PUTRAJAYA – Pejabat Yang Di-Pertua Dewan Rakyat (YPDR) masih belum menerima sebarang pemakluman rasmi terhadap pengosongan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa oleh dua bekas pemimpin kanan PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Perkara itu disahkan oleh jurucakap Pejabat Yang Di-Pertua Dewan Rakyat yang memaklunkan sehingga kini tiada sebarang surat rasmi diterima termasuk daripada Setiausaha Agung PKR berkaitan perkara tersebut.

“Setakat ini kita belum terima (pengosongan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa.  Pemakluman daripada Setiausaha Agung PKR pun kita belum diterima.

“Apa yang telah kita terima pagi tadi adalah pemakluman daripada Pejabat Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) berhubung pelantikan Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Ketua Pembangkang baharu.

“Ini bagi menggantikan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Sehubungan itu, perkara itu sekali gus menimbulkan tanda tanya susulan Rafizi dan Nik Nazmi sebelum ini mengumumkan akan mengosongkan kerusi masing-masing berkuat kuasa, pada Isnin.

Terdahulu, Rafizi dan Nik Nazmi dilaporkan akan memaklumkan pengosongan kerusi Parlimen mereka kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, pada Isnin selepas selepas kedua-duanya mengumumkan keluar daripada PKR dan bakal menyertai Parti Bersama Malaysia, Selasa depan.

Tindakan dramatik dua pemimpin kanan itu terus menghangatkan suhu politik negara apabila PKR semalam turut mengesahkan keanggotaan Rafizi dan Nik Nazmi gugur secara automatik selepas mereka mengisytiharkan keluar parti.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, keputusan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(c) Perlembagaan parti selepas pihaknya menerima hasrat rasmi kedua-dua pemimpin tersebut untuk meninggalkan PKR.

Perkembangan terbaharu itu juga mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Pandan dan Setiawangsa sekiranya proses pengosongan kerusi dimuktamadkan dalam masa terdekat.

  • Related Posts

    Kita baik, tetapi kita tidak bodoh! – Aiman Athirah

    JOHOR BAHRU – Suasana Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada bertukar gamat apabila Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH), Aiman Athirah Sabu melontarkan penegasan tegas bahawa sikap…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Jangan seret PMX dalam siasatan SPRM jika taring politik sudah terhakis

    PUTRAJAYA – Tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tidak berasas, seolah-olah pemimpin itu sudah terdesak akibat…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Empat nelayan Indonesia ditahan, rampasan lebih RM2 juta

    Empat nelayan Indonesia ditahan, rampasan lebih RM2 juta

    Syarat kelayakan SRAS dilonggarkan, penerima nikmati bantuan sewa 48 bulan

    Syarat kelayakan SRAS dilonggarkan, penerima nikmati bantuan sewa 48 bulan

    Hebahan palsu, MAIWP nafi pemberian insentif khas RM1,000

    Hebahan palsu, MAIWP nafi pemberian insentif khas RM1,000

    Kes edar pil kuda: Usahawan wanita tidak bebas, hanya diikat jamin

    Kes edar pil kuda: Usahawan wanita tidak bebas, hanya diikat jamin

    Sarawak diberi kepercayaan laksana 79 projek air bernilai RM3.47 bilion

    Sarawak diberi kepercayaan laksana 79 projek air bernilai RM3.47 bilion

    Kualiti internet bidang kuasa MCMC, Sarawak sedia sokong usaha kerajaan Persekutuan

    Kualiti internet bidang kuasa MCMC, Sarawak sedia sokong usaha kerajaan Persekutuan