PUTRAJAYA – Tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tidak berasas, seolah-olah pemimpin itu sudah terdesak akibat kehilangan taring dalam politik.
Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, dakwaan mengaitkan perkara itu oleh Rafizii hanya dilihat sebagai cubaan mengalih perhatian rakyat daripada isu sebenar
Menurut beliau, Rafizi sepatutnya mempertahankan dirinya melalui saluran undang-undang sekiranya benar tidak melakukan sebarang kesalahan, bukannya cuba membina persepsi kononnya dirinya dizalimi.
“Kalau rasa tidak bersalah dan bukti itu sampah, buktikanlah di mahkamah. Kenapa perlu heret rakyat dan gambarkan diri paling baik? Di mana zalimnya? Jangan kaitkan PM dan SPRM dalam perkara ini.
“Rafizi sudah ketandusan haluan, kecederaaan akal. Politik yang dibawa adalah politik kangkung bersepah di parit,” katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.
Abdullah Sani turut mendakwa Rafizi kini semakin terdesak sehingga sanggup mencetuskan pelbagai naratif politik bagi menarik perhatian, termasuk mengumumkan hala tuju sendiri ketika pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang memberi tumpuan kepada konvensyen parti dan agenda rakyat.
Beliau berkata, pemimpin PKR ketika ini lebih memberi fokus kepada usaha mendekati rakyat serta memperkukuh pentadbiran kerajaan, berbanding melayan dakwaan yang disifatkannya tidak memberi manfaat kepada parti mahupun negara.
“Menteri lain sibuk bekerja dan santuni rakyat. Perdana Menteri juga jelas bekerja untuk negara. Jadi apa yang dia buat ketika jadi Menteri Ekonomi dahulu? Banyak cakap soal formula ekonomi tetapi rakyat sendiri tidak nampak hasilnya,” katanya.

Menurut beliau, Rafizi sepatutnya mempertahankan dirinya melalui saluran undang-undang sekiranya benar tidak melakukan sebarang kesalahan, bukannya cuba membina persepsi kononnya dirinya dizalimi.
“Kalau rasa tidak bersalah dan bukti itu sampah, buktikanlah di mahkamah. Kenapa perlu heret rakyat dan gambarkan diri paling baik? Di mana zalimnya? Jangan kaitkan PM dan SPRM dalam perkara ini.
“Rafizi sudah ketandusan haluan, kecederaaan akal. Politik yang dibawa adalah politik kangkung bersepah di parit,” katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.
Dalam pada itu, Abdullah Sani turut mendakwa Rafizi kini semakin terdesak sehingga sanggup mencetuskan pelbagai naratif politik bagi menarik perhatian.
“Ia termasuk mengumumkan hala tuju sendiri ketika pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang memberi tumpuan kepada konvensyen parti dan agenda rakyat.
Tambahnya, pemimpin PKR ketika ini lebih memberi fokus kepada usaha mendekati rakyat serta memperkukuh pentadbiran kerajaan, berbanding melayan dakwaan yang disifatkannya tidak memberi manfaat kepada parti mahupun negara.
“Menteri lain sibuk bekerja dan santuni rakyat. Perdana Menteri juga jelas bekerja untuk negara. Jadi apa yang dia buat ketika jadi Menteri Ekonomi dahulu?
“Banyak cakap soal formula ekonomi tetapi rakyat sendiri tidak nampak hasilnya,” katanya.





