Naratif UEC, tahfiz telah disongsangkan dengan politik kebencian terhadap kerajaan

PUTRAJAYA – Naratif kononnya kerajaan sedang menunggang institusi tahfiz untuk membuka laluan pengiktirafan kepada Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah tidak tepat yang membuktikan struktur sebenar sistem pendidikan negara tak difahami sepenuhnya.

Pakar motivasi Kenegaraan dan Penggerak Kesedaran Perlembagaan, Mohd Fadhli Othman berkata, UEC dan tahfiz mempunyai syarat dan mekanisme kemasukan berbeza yang telah lama diamalkan dalam sistem pendidikan tinggi di Malaysia.

Menurut beliau, majoriti pihak tersalah faham apabila menganggap semua institusi tahfiz tidak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sedangkan Sekolah Menengah Agama (SMA), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), maahad kawalan dan tahfiz di bawah kerajaan negeri atau Persekutuan sememangnya telah lama mempunyai aliran akademik serta calon SPM.

“Banyak pihak sebenarnya gagal memahami struktur pendidikan negara sehingga timbul tuduhan bahawa kerajaan tunduk kepada UEC dan menggunakan institusi tahfiz sebagai alasan untuk memberi pengiktirafan kepada sijil tersebut.

“UEC tak pernah diiktiraf. UEC dan tahfiz kalau nak masuk IPTA wajib bersyarat dan ada kriteria khusus. Semua orang dalam dunia pendidikan tahu, sekolah-sekolah tahfiz di bawah kerajaan negeri dan Kementerian Pendidikan (KPM) memang sudah lama ada aliran akademik serta calon SPM,” katanya menerusi kenyataan, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Mohd Fadhli berkata, isu sebenar membabitkan sebahagian institusi tahfiz persendirian yang tidak menyediakan laluan akademik asas kepada pelajar hingga menyebabkan mereka berdepan kesukaran menyambung pengajian atau memasuki alam pekerjaan.

Beliau memaklumkan, ketika ini apabila terdapat pelajar yang menghafal al-Quran bertahun-tahun, namun akhirnya tersepit di dunia pekerjaan kerana tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat menara gading disebabkan tidak memiliki sijil SPM.

“SPM tidak sepatutnya dilihat sebagai ancaman kepada sistem tahfiz. SPM bukan musuh tahfiz. Jangan buat seolah-olah ambil Matematik, Bahasa Melayu, Sains atau Sejarah itu merosakkan hafazan.

“Tidak seharusnya ada pihak tertentu memainkan sentimen agama dan politik bagi menakut-nakutkan masyarakat kononnya institusi tahfiz sedang diserang. Ini bukan mempertahankan tahfiz. Ini mempolitikkan tahfiz,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan masyarakat supaya mempertahankan pendidikan Islam berasaskan fakta dan kefahaman yang tepat, bukannya retorik politik yang boleh mengelirukan rakyat.

“Kalau betul mahu bela pendidikan Islam, bela dengan ilmu dan fakta. Bukan dengan jeritan politik murahan. Jangan kerana kebencian kepada kerajaan, akhirnya masyarakat diperbodohkan dan institusi tahfiz dijadikan bahan bakar propaganda,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menjelaskan bahawa lepasan UEC masih boleh memohon kemasukan ke IPTA tertakluk kepada syarat tertentu termasuk keperluan kredit Bahasa Melayu SPM dan Sejarah atau kelayakan setara yang ditetapkan universiti.

Bagaimanapun, penjelasan itu mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial apabila ada pihak mengaitkannya dengan usaha memberi laluan lebih luas kepada lepasan sekolah persendirian Cina, termasuk dakwaan bahawa institusi tahfiz turut akan menerima pendekatan sama.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah KPT, Datuk Azlinda Azman tampil memaklumkan, pihaknya tetap tidak mengiktiraf sukatan pelajaran UEC, sebaliknya sekadar memberi laluan kepada lepasan sijil itu untuk mengikuti kursus tertentu di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Menurut beliau, pihak universiti juga akan menilai syarat-syarat dan kriteria pelajar berkelulusan UEC yang memohon untuk melanjutkan pengajian ke IPTA.

Azlinda turut menegaskan, Senat Universiti tidak akan berkompromi dalam menentukan kualiti dan standard permohonan yang akan dibuka pada 30 Jun depan untuk pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).

Jelasnya, semua permohonan kemasukan ke IPTA akan diproses berdasarkan prinsip meritokrasi, syarat kelayakan akademik, serta tertakluk kepada penilaian dan keputusan Senat Universiti

Related Posts

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

BATU PAHAT – Impian yang disimpan sejak 1998 untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan buat seorang warga emas yang mengakui mengalirkan air mata sebaik sahaja bersua bersama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor

DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor