Sarawak pacu ekonomi hijau ASEAN, perkasa pendidikan dan teknologi

Oleh: Nana Mohamad & Eveline B

SIBU – Kesepakatan parti tempatan di bawah payung Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus menjadi tunjang utama kestabilan politik, sekali gus memacu kemajuan ekonomi negeri yang semakin pesat.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri kekal konsisten dalam usahanya memperjuangkan hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menerusi pendekatan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan.

Beliau menegaskan pendirian Bumi Kenyalang amat jelas, iaitu hanya menuntut hak yang telah dipersetujui sewaktu pembentukan Malaysia tanpa meminta lebih daripada yang sewajarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tritahunan (Pemilihan) 2026 Parti Demokratik Progresif (PDP) di Hotel Kingwood pada hari Sabtu.

Dalam perkembangan yang sama, Abang Johari memberitahu kedudukan kewangan Sarawak yang semakin kukuh kini membolehkan kerajaan negeri melaksanakan pelbagai inisiatif pro-rakyat.

Hal ini termasuklah penawaran pendidikan tinggi secara percuma kepada anak-anak Sarawak tanpa mengira latar belakang baik kaum mahupun agama.

Beliau menjelaskan hasil pendapatan negeri telah berjaya dilonjakkan daripada kira-kira RM6 bilion kepada RM14 bilion menerusi pengurusan sumber asli yang lebih efektif, khususnya dalam sektor minyak dan gas.

“Peningkatan hasil ini sekali gus memperkukuh kemampuan kerajaan untuk merancang pembangunan jangka panjang negeri yang lebih mampan,” katanya.

Menyentuh hala tuju ekonomi, Abang Johari menyatakan bahawa Sarawak kini sedang giat mempersiapkan diri ke arah ekonomi masa hadapan yang berteraskan tenaga hijau, teknologi digital, dan kecerdasan buatan (AI).

Menurut beliau, inisiatif tersebut turut merangkumi pembangunan pesat industri hidrogen serta teknologi penangkapan dan penyimpanan karbon (CCUS).

Tambahnya lagi, perpaduan erat rakyat serta kestabilan politik akan terus menjadi kekuatan dan senjata utama Sarawak pada masa hadapan.

Kelebihan itu menurutnya, bakal meletakkan Sarawak bukan sahaja sebagai pembekal tenaga utama di ASEAN, tetapi juga berpotensi untuk muncul sebagai salah sebuah wilayah yang paling berdaya saing di rantau ini.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

KUCHING – Polis menyiasat kejadian dua lelaki bermotosikal yang melanggar seorang anggota polis ketika sekatan jalan raya (SJR) dijalankan di Jalan Padungan. Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti

KUCHING – Warisan Old Kuching bukan hanya tertumpu pada bangunan dan tapak bersejarah, malah turut merangkumi kelestarian cerita, memori, budaya serta pengalaman masyarakat yang diwarisi merentas generasi. Pendekatan komprehensif itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan

Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti

Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti