Isu tunggakan yuran perunding, ADUN Padungan mohon pencerahan kerajaan negeri

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan, Chong Chieng Jen menggesa Kerajaan Sarawak untuk memberikan penjelasan mengenai isu kelewatan pembayaran yuran perunding bagi projek-projek kerajaan negeri yang didakwa masih berlarutan sehingga kini.

Berucap ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), beliau berkata, banyak syarikat perunding termasuk perunding kejuruteraan, seni bina dan teknikal yang terlibat dalam projek kerajaan masih belum menerima bayaran yang sepatutnya.

Menurut beliau, isu berkenaan bukanlah perkara baharu dan telah dibangkitkan sejak beberapa tahun lalu. Tambahnya, perkara sama juga pernah disuarakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat penyokong kerajaan (backbenchers) daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum ini, namun penyelesaian secara tuntas dilihat masih belum dicapai.

“Sehubungan itu, kita memohon pencerahan daripada pihak kerajaan negeri untuk menjelaskan punca sebenar kelewatan ini. Rakyat dan pemegang taruh ingin tahu, adakah kerajaan sedang berdepan dengan kekangan aliran tunai, ataupun wujudnya kelemahan dalam sistem pentadbiran dan pengurusan kewangan?

“Sekiranya kedudukan kewangan negeri kekal kukuh dan stabil, mengapakah isu kelewatan bayaran ini berterusan selama bertahun-tahun dan masih gagal diselesaikan?” soalnya.

Mengulas lanjut, beliau juga merangkap Pengerusi DAP Sarawak itu menyuarakan pandangan bahawa senario tersebut, jika tidak ditangani dengan segera, dikhuatiri boleh memberi kesan kepada kelancaran operasi industri yang terlibat.

Tegasnya, ketersediaan kerajaan negeri yang giat merancang dan mengumumkan pelbagai rancangan pembangunan berskala besar perlulah seiring dengan kecekapan melunaskan komitmen kewangan. Jika tidak, ia berisiko menjejaskan keyakinan pasaran terhadap tahap pengurusan fiskal dan kredibiliti pembayaran kerajaan negeri.

“Sebuah model pembangunan yang benar-benar sihat dan mampan tidak seharusnya diukur pada kekerapan pengumuman projek mega semata-mata.

“Apa yang lebih penting adalah jaminan bahawa sistem pembayaran berfungsi dengan efektif, pengurusan kewangan yang telus, serta memastikan semua syarikat dan golongan profesional yang menyumbang kepakaran dalam pembangunan negeri menerima hak dan layanan yang sewajarnya,” ujar beliau.

Foto: Facebook Chong Chieng Jen

Related Posts

Projek SSM Perlis dahului jadual, capai 87 peratus siap

KANGAR – Projek pembinaan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Perlis yang sebelum ini berdepan pelbagai kelewatan kini menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila mencapai tahap kemajuan 87 peratus, sekali gus mendahului jadual asal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
LKIM salur bantuan RM467,532 perkasa nelayan Perak Zon Utara

KERIAN – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyalurkan peruntukan berjumlah RM467,532 kepada komuniti nelayan di Perak Zon Utara menerusi pelbagai program pembangunan, kebajikan dan perumahan bagi meningkatkan pendapatan serta kesejahteraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tugas PN rampas Pahang sukar lepas hubungan Pas-Bersatu berakhir

Tugas PN rampas Pahang sukar lepas hubungan Pas-Bersatu berakhir

Projek SSM Perlis dahului jadual, capai 87 peratus siap

Projek SSM Perlis dahului jadual, capai 87 peratus siap

LKIM salur bantuan RM467,532 perkasa nelayan Perak Zon Utara

LKIM salur bantuan RM467,532 perkasa nelayan Perak Zon Utara

Warga asing tanpa lesen ditahan, kereta disita dalam Ops PeWA

Warga asing tanpa lesen ditahan, kereta disita dalam Ops PeWA

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju