Istilah ‘Pablo Escobar’ Langkawi tidak sesuai – Saifuddin

KULIM – Polis sentiasa melakukan operasi bagi membanteras kegiatan dadah di pulau peranginan itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, istilah ‘Pablo Escobar’ yang digunakan tidak berapa sesuai kerana sindiket itu melakukan jenayah terancang yang mengawal pelbagai peringkat kegiatan.

Katanya, bagaimanapun pihak polis akan menyiasat kegiatan pengedaran dadah yang didakwa wujud di Langkawi termasuk tidak akan melindungi mana-mana pihak terutama jika membabitkan anggota penguat kuasa seperti yang didakwa.

“Saya nak sebut sebenarnya tak sampai tahap Pablo Escobar, itu kepala sindiket yang satu dunia mengenalinya kerana operasinya yang begitu sofistikated mengawal seluruh bekalan, pengedaran, mangsa, ugutan, jenayah terancang.

“Di Langkawi tak sampai tahap magnitud macam itu. Polis tahu dan kita bertindak atas semua maklumat perisikan, pengintipan kita lakukan sepanjang masa dan bila masanya kita buat serbuan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni Bersama Menteri Dalam Negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata, ketika ini polis masih melakukan siasatan lanjut mengikut lunas undang-undang sedia ada berhubung dakwaan wujudnya sindiket pengedaran dadah di Langkawi.

Mengulas mengenai cadangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agar polis mengambil tindakan ekstrem termasuk menembak pengedar dadah sekiranya berlakunya ancaman, Saifuddin berkata perkara itu belum tentu menyelesaikan masalah.

Katanya, usaha membanteras kegiatan dadah perlu dilakukan lebih rasional dan membabitkan pandangan pelbagai pihak berkuasa yang berpengalaman.

“Saya ingat apabila bercakap kita kena tahu kedudukan sebenar sesuatu perkara, tak boleh main canang. Kena duduk cara tenang, kepala yang lebih dingin, rasional dan berobjektif.

“Ia tak semudah mengungkapkan tembak sahaja. Itu saya rasa hendak popular, tapi
nak menyelesaikan masalah belum tentu,” katanya.

Saifuddin turut menjelaskan, Kedah merekodkan kes salah guna dadah berulang tertinggi di negara ini apabila suspek yang ditangkap polis kekal melakukan kesalahan sama.

“Kedah antara negeri paling berat masalah dadah membabitkan kesalahan berulang. Pesalah sama polis tangkap kerana dadah, bawa ke mahkamah, jatuh hukum kena penjara.

“Tetapi bila keluar kena tangkap lagi pesalah sama kerana dadah. Kedah nombor satu kesalahan ini, dapat pingat emas,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan muncul semula satu rangkaian pengedaran dadah yang beroperasi secara tersusun di Langkawi, dipercayai didalangi seorang anggota polis dikenali sebagai ‘Mr A’.

Ia menyebabkan masalah dadah di pulau peranginan terkemuka itu tidak pernah selesai, walaupun pelbagai operasi dijalankan polis dan AADK, dengan Langkawi terus mencatat bilangan penagih yang ramai.

Related Posts

RTB sungai Kampung Sri Kinta, peruntukan khas diperlukan

IPOH – Permohonan peruntukan khas akan dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN), bagi melaksanakan kerja-kerja kecemasan mitigasi banjir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemimpin akar umbi jambatan dasar, suara rakyat – Milus

KUNAK – Pemimpin akar umbi berperanan sebagai jambatan utama dalam menyampaikan pelbagai inisiatif kerajaan kepada rakyat di samping menjadi suara masyarakat dalam menyuarakan keperluan dan isu setempat. Pengarah Jabatan Komunikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RTB sungai Kampung Sri Kinta, peruntukan khas diperlukan

RTB sungai Kampung Sri Kinta, peruntukan khas diperlukan

Pemimpin akar umbi jambatan dasar, suara rakyat – Milus

Pemimpin akar umbi jambatan dasar, suara rakyat – Milus

Isu eksport pasir sungai dibincang minggu depan

Isu eksport pasir sungai dibincang minggu depan

Pahang tidak terima bayaran untuk kawasan diwarta Taman Negara

Pahang tidak terima bayaran untuk kawasan diwarta Taman Negara

Istilah ‘Pablo Escobar’ Langkawi tidak sesuai – Saifuddin

Istilah ‘Pablo Escobar’ Langkawi tidak sesuai – Saifuddin

Isu tunggakan yuran perunding, ADUN Padungan mohon pencerahan kerajaan negeri

Isu tunggakan yuran perunding, ADUN Padungan mohon pencerahan kerajaan negeri