BN Melaka beri bayangan kekalkan calon muda pada PRN akan datang 

MELAKA – Semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Melaka berusia 50 tahun ke bawah mempunyai peluang cerah untuk terus dikekalkan sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Ab Rauf Yusoh berkata, generasi baharu yang diketengahkan pada penggal lalu masih relevan dan mampu meneruskan khidmat terbaik kepada rakyat berdasarkan prestasi semasa yang ditunjukkan mereka.

Menurut beliau, perkara itu bagaimanapun bukan bermakna pemimpin lama akan diketepikan kerana pemilihan calon akan dibuat secara menyeluruh berdasarkan prestasi, kesepakatan pasukan serta kemampuan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Tak ada muka baharu, tak adalah orang lama. Semua telah berkhidmat dengan baik dan cemerlang serta menunjukkan kesepakatan dalam semangat setiakawan dan bekerja berpasukan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Sambutan Hari Bomba Sedunia Peringkat Parlimen Masjid Tanah 2026 di Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah, di sini, semalam.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan bernilai RM5,000 untuk diagihkan kepada 50 pesara bomba di kawasan Parlimen berkenaan.

Mengulas proses akhir pemilihan calon PRN Melaka, beliau memaklumkan senarai calon telah lama dipendekkan dan hanya menunggu masa sesuai untuk diumumkan.

“Senarai calon dah lama saya pendekkan, saya tak pernah panjangkan nama calon ini. Jadi tunggu masa dan ketika saya akan umumkan,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan Melaka bergerak seiring dengan Johor sekiranya PRN diadakan serentak, beliau berkata situasi politik setiap negeri adalah berbeza dan keputusan terbaik akan dibuat mengikut kesesuaian negeri.

Related Posts

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

PONTIAN – Naratif penyatuan Melayu-Islam yang sering dibawa oleh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu dinilai bukan sekadar berdasarkan slogan politik, sebaliknya melalui sejauh mana amanah, integriti dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

SHANGHAI – SMD Semiconductor Sdn Bhd (SMD) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Jiangsu Linyang Energy Co Ltd (Linyang Energy) untuk membekalkan penyelesaian semikonduktor kuasa ke pasaran global pada 13 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam