PU Faiz tegur kenyataan keterlaluan Nik Zawawi mengenai sahabat Nabi

PENCERAMAH bebas, Muhammad Faizuddin Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai PU Faiz menegur kenyataan Datuk Dr Nik Zawawi Salleh yang didakwa mengeluarkan ucapan keterlaluan ketika menghuraikan kisah para sahabat Nabi sebelum memeluk Islam.

Menerusi satu video yang tular di media sosial, PU Faiz berkata, walaupun tujuan asal ceramah itu mungkin untuk menggambarkan besarnya hidayah Allah dalam mengubah manusia daripada zaman jahiliah kepada insan contoh, namun beberapa ungkapan yang digunakan dianggap tidak sesuai.

Beliau berkata, kenyataan yang menggambarkan Abu Bakar As-Siddiq sebagai “bapa ceti” dan Umar ibn al-Khattab sebagai “hobi berzina” tidak ditemui dalam kitab-kitab sirah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang muktabar.

“Walaupun kita mahu menjelaskan betapa hebatnya Islam mengubah manusia, tetapi cerita-cerita seperti Saidina Abu Bakar bapa ceti dan Saidina Umar hobi berzina sangat melampau serta tidak wajar disebut,” katanya dalam video tersebut.

PU Faiz turut memetik pandangan beberapa ulama terkenal seperti Ibn Kathir, Al-Dhahabi dan Al-Suyuti yang menjelaskan kemuliaan akhlak para sahabat Nabi, termasuk sebelum mereka memeluk Islam.

Menurutnya, Saidina Abu Bakar dikenali sebagai pedagang yang berakhlak baik dan dihormati masyarakat Quraisy, manakala Saidina Umar pula merupakan tokoh yang disegani serta mempunyai pandangan jauh dalam masyarakat Arab ketika itu.

Beliau berkata, umat Islam perlu menjaga adab ketika berbicara mengenai para sahabat Nabi dan mengelakkan penyampaian kisah yang tidak mempunyai sumber sahih.

“Jangan mereka cipta cerita yang tidak dijumpai dalam kitab-kitab sirah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sahabat Nabi mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi umat Islam,” katanya.

PU Faiz dalam masa sama berharap penjelasan dan permohonan maaf dapat dibuat secara terbuka bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat terhadap sejarah serta kedudukan para sahabat Nabi SAW.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan terus melaksanakan tindakan terhadap isu anjing liar yang boleh mengancam keselamatan awam, namun penguatkuasaannya mesti dilakukan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak bersifat kejam. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis Pahang lupus dadah bernilai hampir setengah juta

Polis Pahang lupus dadah bernilai hampir setengah juta

Dua calon SPM maut, motosikal terlanggar belakang kereta

Dua calon SPM maut, motosikal terlanggar belakang kereta

13 tuntutan MA63 selesai, Kerajaan MADANI komited muktamad perkara tertangguh

13 tuntutan MA63 selesai, Kerajaan MADANI komited muktamad perkara tertangguh

Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan

Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan

Program SMARTCOM 2.0 bawa pendedahan teknologi ke pedalaman Bekenu

Program SMARTCOM 2.0 bawa pendedahan teknologi ke pedalaman Bekenu

Laluan lama Bentong-Kuala Lumpur perlu dibuat penilaian risiko

Laluan lama Bentong-Kuala Lumpur perlu dibuat penilaian risiko