Nik Zawawi cuba buat ‘u-turn’ selepas hina sahabat Rasulullah

SETIAUSAHA Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh cuba tampil membuat kenyataan ‘pusingan U’ selepas ceramahnya mengaitkan Saidina Abu Bakar dengan istilah ‘ceti’ ketika menyentuh tentang sistem ekonomi masyarakat jahiliah mendapat kecaman pelbagai pihak.

Menerusi satu video penjelasan yang dikongsikan di Facebook, beliau menegaskan penggunaan istilah tersebut bukan bertujuan menghina atau merendahkan martabat sahabat Rasulullah SAW, sebaliknya sebagai analogi supaya masyarakat lebih mudah memahami realiti sistem ekonomi zalim pada zaman jahiliah.

“Sekiranya perkataan ceti itu tidak sesuai maka gunalah perkataan lain. Cuma saya ingin tegaskan bahawa Allah SWT mewujudkan para sahabat bersama dengan Rasulullah ini mereka duduk di zaman jahiliyah satu kemudian mereka berpindah ke zaman Islam.

“Saya sebut perkataan ceti supaya masyarakat kita lebih mudah memahami bagaimana kejamnya zaman jahiliyah dan bagaimana inlahnya zaman Islam,” katanya, pada Selasa.

Lebih menarik, Nik Muhammad Zawawi  turut memaklumkan sengaja menangguhkan penjelasan berhubung isu tersebut bagi melihat reaksi masyarakat terhadap kenyataannya.

Dalam cubaan mengukuhkan hujah, beliau mengaitkan perjalanan hidup Umar al-Khattab dan Abu Bakar al-Siddiq sebagai contoh transformasi daripada jahiliah kepada Islam, namun penjelasan itu dilihat tidak lagi menyentuh isu pokok yang mencetuskan kemarahan awal masyarakat umum.

“Allah SWT jadikan dia (Saidina Abu Bakar) model daripada orang yang bermuamalah dengan sistem ini (sistem jahiliah) tiba-tiba bila dia memeluk Islam dia menerima nizam Tarbiyah Al-Islamiyah daripada Nabi SAW menyebabkan Saidina Abu Bakar menjadi model kepada masyarakat,” katanya.

Kontroversi berkait Nik Muhammad Zawawi tercetus selepas tular video ceramahnya yang dikatakan membawa kisah tidak sahih dan menghina empat sahabat terdekat Nabi Muhammad SAW.

Difahamkan kenyataan itu disampaikan bekas Ketua Dewan Ulamak Pas tersebut dalam satu program ceramah politik di Kuala Terengganu, pada hujung minggu lalu.

Perkara itu mengundang kritikan pelbagai pihak kerana menganggap kenyataan tersebut tidak sensitif terhadap tokoh-tokoh besar Islam selain ada yang meminta Nik Muhammad Zawawi segera bertaubat.

.

Related Posts

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

KUALA LUMPUR – Wanita PKR mendesak enam ahli Parlimen parti itu menghentikan segera sebarang gerakan politik yang disifatkan sebagai ‘bermain dua kolam’ atau berdepan tindakan disiplin tegas. Dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi