UMS terajui perbincangan risiko bencana bersepadu

KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerajui perbincangan mengenai penyelesaian risiko bencana bersepadu menerusi ‘Resilient Asia 2026 Exposition and Forum di World Trade Centre Kuala Lumpur’ baru-baru ini.

Pengarah Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC) UMS, Profesor Madya Ts Gs Dr Carolyn Payus berkata, pengurusan bencana yang mampan bukan sahaja bergantung kepada teknologi canggih, malah memerlukan kerjasama berterusan antara agensi, sektor dan komuniti.

“Ketahanan bencana yang berkesan dibina melalui kerjasama berterusan apabila kerajaan, akademik industri dan komuniti bekerjasama melangkaui situasi kecemasan bagi membina kepercayaan, perkongsian ilmu dan tindakan yang terselaras.

“Risiko bencana yang semakin kompleks akibat perubahan iklim memerlukan pendekatan serantau yang lebih terselaras, inklusif dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Menurut Carolyn, kolaborasi jangka panjang melibatkan kerajaan, institusi akademik, industri dan masyarakat penting dalam membina sistem pengurusan bencana yang lebih berdaya tahan dan mampan.

Dalam pada itu, Carolyn turut menekankan kepentingan pemerkasaan belia sebagai tonggak utama ketahanan dan kesiapsiagaan bencana.

“Golongan muda tidak seharusnya hanya dilihat sebagai mangsa atau penerima bantuan bencana, sebaliknya perlu diiktiraf sebagai agen perubahan aktif dalam usaha mengurangkan risiko bencana.

“Perkara itu selari dengan kerjasama aktif antara NDRC-UMS dan UNICEF sejak 2017.

“Ianya juga memperjuangkan integrasi pendidikan bencana di sekolah serta memperkukuh penglibatan belia dalam program ketahanan iklim dan bencana,” ujarnya.

Forum bertemakan ‘AI for Future-Proofing Disaster Management towards Stronger Communities’ turut menekankan peranan kecerdasan buatan (AI), teknologi digital dan kerjasama serantau dalam menangani bencana akibat perubahan iklim dan krisis kemanusiaan.

Related Posts

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

KUCHING – Tourism Malaysia dengan kerjasama stesen radio Cats FM sukses menganjurkan program Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 bagi mempromosikan pelancongan domestik dan merancakkan sektor peruncitan di Sarawak.   Program interaktif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

SIBU – Sebuah badan khas dikenali sebagai Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak RM1.5 bilion bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi Sibu dan zon tengah Sarawak. Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan negeri dan Persekutuan perlu saling hormat demi rakyat – Khaled Nordin 

Kerajaan negeri dan Persekutuan perlu saling hormat demi rakyat – Khaled Nordin 

Wujud ejen tempat mengundi diarah keluar

Wujud ejen tempat mengundi diarah keluar

TIDAK RASMI: BN dahului 41 kerusi, PH 15 DUN PRN Johor

TIDAK RASMI: BN dahului 41 kerusi, PH 15 DUN PRN Johor

Kementerian Ekonomi mahu program IPR-INSAN diteruskan

Kementerian Ekonomi mahu program IPR-INSAN diteruskan

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan