Konvensyen PH di Johor perlu jadi penentu arah kerjasama PH-BN

PULAI – Konvensyen Pakatan Harapan (PH) yang dijadual berlangsung pada 17 Mei ini di Persada Johor Bahru disifatkan sebagai platform penting dalam menentukan hala tuju kerjasama politik antara PH dan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat berkata, konvensyen berkenaan perlu menjadi medan utama untuk memperjelaskan strategi politik semasa khususnya berkaitan kedudukan Kerajaan Perpaduan di Johor yang sehingga kini masih belum dibentuk secara rasmi seperti di peringkat nasional.

Menurut beliau, konvensyen itu juga penting dalam memberi keyakinan kepada rakyat mengenai bentuk kerjasama politik yang bakal diambil demi menjamin kestabilan dan masa depan negeri Johor.

“Saya mengalu-alukan kehadiran seluruh pimpinan, perwakilan dan peserta ke Konvensyen Pakatan Harapan yang berlangsung di Persada Johor Bahru dalam kawasan Parlimen Pulai. Konvensyen ini amat penting dalam memberikan hala tuju yang jelas kepada Pakatan Harapan menghadapi PRN dan PRU akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menjelaskan bahawa beberapa isu semasa perlu diperhalusi dalam konvensyen tersebut termasuk isu usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan serta keperluan memperkukuhkan hubungan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat nasional.

Menurutnya lagi, Johor memerlukan satu ‘direction’ politik yang lebih jelas kerana sehingga kini masih belum wujud kerangka kerjasama yang tersusun dan menyeluruh antara parti-parti dalam kerajaan.

Dalam pada itu, Suhaizan turut mencadangkan supaya PRN dan PRU diadakan secara serentak bagi menjimatkan kos serta meningkatkan kadar keluar mengundi rakyat.

Katanya, langkah tersebut juga wajar dipertimbangkan secara serius oleh negeri-negeri di bawah pentadbiran PH dan BN demi memastikan kestabilan politik dan kecekapan pentadbiran.

“Pengundi di Johor sebahagiannya bekerja di Singapura dan mereka menghadapi kesukaran untuk pulang mengundi sebanyak dua kali sekiranya pilihan raya diadakan secara berasingan,” ujarnya.

Beliau berharap Konvensyen PH kali ini menjadi titik penting dalam membina kesepakatan politik serta memperkukuhkan kerjasama antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan demi masa depan negara dan negeri Johor.

Related Posts

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

KUCHING – Tourism Malaysia dengan kerjasama stesen radio Cats FM sukses menganjurkan program Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 bagi mempromosikan pelancongan domestik dan merancakkan sektor peruncitan di Sarawak.   Program interaktif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

SIBU – Sebuah badan khas dikenali sebagai Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak RM1.5 bilion bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi Sibu dan zon tengah Sarawak. Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

Kerajaan negeri dan Persekutuan perlu saling hormat demi rakyat – Khaled Nordin 

Kerajaan negeri dan Persekutuan perlu saling hormat demi rakyat – Khaled Nordin 

Wujud ejen tempat mengundi diarah keluar

Wujud ejen tempat mengundi diarah keluar

TIDAK RASMI: BN dahului 41 kerusi, PH 15 DUN PRN Johor

TIDAK RASMI: BN dahului 41 kerusi, PH 15 DUN PRN Johor