PKR desak Nik Zawawi perjelas kenyataan hina sahabat Rasulullah

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak Ahli Parlimen Pasir Putih, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, tampil memberikan penjelasan berhubung kenyataan beliau yang didakwa mengandungi tohmahan terhadap sahabat Rasulullah SAW.

Pengarah Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Amidi Abdul Manan berkata, kenyataan yang dikaitkan dengan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini.

Beliau berkata, pihaknya kesal kerana sehingga kini masih belum ada penjelasan rasmi dibuat walaupun kenyataan berkenaan sudah tersebar luas dalam ruang komunikasi awam sejak lebih 24 jam lalu.

“Pihak Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR menasihatkan agar saudara Nik Zawawi mencontohi akhlak Rasulullah SAW yang tidak menyebut-nyebut perilaku yang menyimpang dari norma Islam yang dilakukan oleh para sahabat baginda ketika masih jahiliyah.

“Jasa para sahabat Rasulullah terlalu besar kepada Islam. Pengorbanan yang terpaksa mereka tempuh, begitu juga penderitaan yang dialami mereka, bukti keyakinan dan keimanan serta kesetiaan terhadap Rasulullah SAW yang tidak pernah disangsikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Islam mengiktiraf kekuatan ajaran al-Quran dalam mentransformasikan individu dan masyarakat, justeru tidak wajar contoh yang dianggap jelik dikaitkan dengan para sahabat Nabi Muhammad SAW.

Katanya, Rasulullah SAW sendiri amat mengenali para sahabat baginda dan tidak pernah mengungkit perilaku buruk mereka sebelum memeluk Islam.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya mendesak Nik Zawawi segera memberikan penjelasan terhadap kenyataan yang dibuat dalam ceramah berkenaan.

“Jika tiada sebarang penjelasan diberikan, pimpinan tertinggi Pas perlu menyatakan pendirian terhadap isu ini.

“Pas juga perlu memohon maaf kepada masyarakat Islam di Malaysia kerana kenyataan itu mencemarkan kemurnian Islam,” katanya.

Amidi turut mendakwa ancaman terhadap imej Islam di negara ini bukan berpunca daripada kepelbagaian kaum, agama dan budaya, sebaliknya disebabkan akhlak segelintir individu yang mengaku membawa perjuangan Islam tetapi didakwa bersikap biadab terhadap sahabat Rasulullah SAW.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Puteh itu dilaporkan mengeluarkan kenyataan yang didakwa menggambarkan empat sahabat utama Rasulullah SAW iaitu Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina Umar al-Khattab, Saidina Uthman Affan dan Saidina Ali Abi Talib mempunyai latar kehidupan yang buruk sebelum memeluk Islam.

Antara lain, beliau didakwa menyifatkan Saidina Abu Bakar sebagai individu yang menindas golongan miskin ketika zaman jahiliah, manakala Saidina Umar pula digambarkan sebagai seorang yang keras dan melakukan pelbagai perlakuan bertentangan dengan ajaran Islam sebelum memeluk agama itu.

Difahamkan, kenyataan berkenaan disampaikan dalam satu ceramah politik di Kuala Terengganu pada hujung minggu lalu.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan