Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

TIMBALAN Pengerusi Ulama UMNO, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali tampil menegur kenyataan berkaitan sejarah para sahabat Nabi Muhammad SAW yang mengelirukan susulan ucapan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Zawawi Salleh.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau menegaskan bahawa fakta sejarah melibatkan Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Abu Bakar al-Siddiq tidak boleh diputar belit demi kepentingan politik atau retorik tertentu.

“Tiada pernah diriwayatkan Umar bin al-Khattab berzina zaman Jahiliyyah. Abu Bakar al-Siddiq seorang ahli perniagaan bukannya ‘ceti’. Fakta sejarah sahabat perlu dibersihkan daripada kepalsuan,” katanya dalam hantaran tersebut.

Hantaran itu dipercayai merujuk kepada kontroversi ucapan Nik Zawawi yang sebelum ini mengundang kecaman pelbagai pihak selepas dikatakan menyentuh sejarah para sahabat Nabi secara tidak tepat ketika berucap dalam satu program politik.

Kenyataan Khairuddin dilihat menambah tekanan terhadap kepimpinan Pas apabila semakin ramai tokoh agama dan ilmuan tampil menegur penggunaan naratif agama secara semberono dalam ceramah politik.

Beberapa pihak turut menyifatkan isu berkenaan sebagai sensitif kerana melibatkan kemuliaan sahabat Rasulullah SAW yang sepatutnya dibicarakan berasaskan disiplin ilmu, fakta sejarah dan sumber yang sahih.

Pemerhati politik pula melihat polemik tersebut berpotensi memberi kesan terhadap imej Pas, khususnya dalam kalangan pengundi atas pagar dan golongan muda yang semakin sensitif terhadap penggunaan agama dalam wacana politik kepartian.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada Nik Zawawi berhubung isu tersebut.

Related Posts

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

KUALA LUMPUR – Wanita PKR mendesak enam ahli Parlimen parti itu menghentikan segera sebarang gerakan politik yang disifatkan sebagai ‘bermain dua kolam’ atau berdepan tindakan disiplin tegas. Dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi