Harga minyak mentah dunia menurun pada kadar 8.5 peratus

HARGA minyak mentah Brent di peringkat global mencatatkan penurunan sehingga 8.5 peratus pada minggu pertama Mei iaitu AS$108.40 setong berbanding AS$118.50 setong pada minggu sebelumnya.

Namun, Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir memaklumkan, paras itu masih jauh lebih tinggi berbanding sekitar AS$68.84 setong sebelum krisis tenaga global tercetus pada 26 Februari lalu.

Menurut beliau, purata harga gas asli cecair (LNG) turut menurun 1.5 peratus bagi tempoh 4 hingga 8 Mei lalu daripada AS$17.67/MMBtu kepada AS$17.41/MMBtu selaras dengan perkembangan tersebut.

“Harga arang batu pula hampir kekal tidak berubah, meningkat secara marginal sebanyak 0.1 peratus daripada AS$133.03 kepada AS$133.19 satu tan metrik.

“Perkembangan ini menunjukkan pasaran tenaga global menunjukkan sedikit kestabilan, namun masih perlu dipantau kerana sebarang gangguan baharu boleh memberi kesan kepada kos tenaga dan pengeluaran,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi siaran langsung taklimat krisis bekalan global di Facebook Kementerian Ekonomi pada Selasa.

Dalam pada itu, Akmal Nasrullah menjelaskan, kedudukan makroekonomi negara direkodkan masih stabil susulan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus pada 7 Mei lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata, inflasi keseluruhan dan inflasi teras masing-masing mencatatkan purata 1.6 peratus serta 2.1 peratus pada suku pertama 2026, manakala anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tempoh sama menunjukkan pertumbuhan 5.3 peratus.

“Angka tersebut memberi isyarat ekonomi negara masih berada di landasan pertumbuhan yang baik dengan tekanan harga terkawal.

“Pasaran ekuiti tempatan juga mengekalkan momentum positif sepanjang minggu pelaporan 4 hingga 8 Mei. FBM KLCI ditutup pada paras 1,748.06 mata, meningkat 2.1 peratus berbanding 1,722.02 mata pada minggu sebelumnya.

“Dalam keadaan rantaian bekalan global tidak menentu, prestasi ini menunjukkan pasaran domestik masih disokong oleh sentimen pelaburan yang baik dan keyakinan terhadap asas ekonomi negara,” katanya.

Related Posts

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

SHAH ALAM – Tarikh 26 Oktober depan diumumkan sebagai Hari Kelepasan Am Gantian bagi seluruh negeri Selangor bersempena dengan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijadikan komitmen dan dasar nasional, bukan lagi dilihat sebagai isu sektoral membabitkan Sabah dan Sarawak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PM zahir keprihatinan, luang masa santuni mangsa kebakaran Kampung Numbak

PM zahir keprihatinan, luang masa santuni mangsa kebakaran Kampung Numbak

2,000 jemaah tunai solat Jumaat bersama PM di Masjid Jamek Kampung Likas

2,000 jemaah tunai solat Jumaat bersama PM di Masjid Jamek Kampung Likas

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji