Jaminan bekalan tenaga, barangan keperluan rakyat jadi tumpuan Kerajaan MADANI

KERAJAAN komited dalam memberi tumpuan kepada jaminan bekalan tenaga dan barangan keperluan, selain melaksanakan sebarang penyesuaian dasar secara berhati-hati, bersasar dan sementara.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi memastikan rakyat dilindungi daripada tekanan harga global yang semakin meningkat.

Menurut beliau, pandangan Bank Dunia bahawa tekanan global ketika ini berlaku secara berlapis melibatkan kenaikan harga minyak, baja dan makanan yang saling berkait antara satu sama lain.

“Penilaian Bank Dunia menunjukkan tekanan harga masih tertumpu kepada komoditi utama yang memberi kesan limpahan terhadap kos pengeluaran serta kos sara hidup rakyat.

“Sehubungan itu, tindak balas dasar perlu mengambil kira kesan langsung kepada rakyat selain kesan rantaian terhadap perniagaan dan bekalan,” katanya menerusi siaran langsung taklimat krisis bekalan global di Facebook Kementerian Ekonomi pada Selasa.

Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah berkata, Bank Dunia turut menggariskan empat keutamaan kepada Malaysia iaitu menjamin bekalan tenaga, memperkukuh ruang fiskal, mengurus permintaan tenaga serta menyalurkan sokongan bersasar kepada isi rumah dan perniagaan yang benar-benar terkesan.

Katanya, pendekatan itu juga menekankan kepentingan memastikan kelancaran bekalan barangan kritikal dan pembiayaan rantaian bekalan terutama kepada firma yang terdedah kepada tekanan semasa.

“Cadangan dikemukakan World Bank itu disambut baik dan selari dengan pelbagai inisiatif kerajaan yang sedang dilaksanakan ketika ini. Fokus kerajaan adalah untuk menjamin bekalan, memanjangkan daya tahan bekalan sedia ada serta mengekang tekanan harga dalam pasaran.

“Usaha sedang dibuat bagi menyelaras kawalan eksport bahan api tertentu, jaminan bekalan barangan keperluan, pengurusan kuota pembelian, penjimatan tenaga serta kerjasama rapat dengan pihak industri,” jelasnya.

Beliau berkata, MTEN juga akan terus mengemas kini status bekalan tenaga dan bahan api dari semasa ke semasa bagi memastikan keperluan domestik terus diberi keutamaan.

“Langkah itu penting bagi meningkatkan keyakinan industri terhadap kelangsungan operasi serta kesinambungan aktiviti ekonomi negara,” katanya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3