Kerjasama Malaysia-Arm Limited pacu fasa baharu industri semikonduktor negara

PUTRAJAYA – Kerajaan menyerahkan tawaran di bawah kerjasama strategik antara Kerajaan Malaysia dan Arm kepada tiga syarikat tempatan sebagai langkah penting memperkukuh keupayaan negara dalam reka bentuk litar bersepadu atau integrated circuit (IC) design.

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, sebanyak empat token, termasuk Arm CSS (Compute Subsystems) dan Arm Flexible Access (AFA), diluluskan kepada Great Asic Technology Sdn Bhd, SkyeChip Bhd dan Oppstar Technology Sdn Bhd.

Menurut beliau, tawaran terbabit telah embuka akses kepada platform pengkomputeran dan portfolio harta intelek (IP) Arm bagi mempercepat pembangunan produk semikonduktor tempatan yang direka bentuk di Malaysia.

“Penyerahan tawaran itu memberi isyarat bahawa Malaysia sedang bergerak ke fasa baharu industri semikonduktor, di mana negara kita telah lama dikenali dalam aktiviti pemasangan, pengujian dan pembungkusan cip. Kekuatan ini penting tetapi masa depan industri tidak boleh berhenti di situ.

“Kita mesti bergerak lebih jauh daripada back-end kepada front-end, daripada sekadar menghasilkan kepada mereka bentuk, membangunkan IP dan mencipta teknologi sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran kepada Entiti Diluluskan di bawah Kerjasama Strategik antara Kerajaan Malaysia dan ARM Limited di Kementerian Ekonomi, pada Isnin.

Kerjasama Malaysia-Arm merangkumi tiga teras utama, iaitu melatih 10,000 bakat IC design, memberi akses kepada teknologi pengkomputeran dan portfolio Arm kepada syarikat Malaysia terpilih serta membangunkan produk semikonduktor tempatan yang direka bentuk di Malaysia.

Arm tidak membuat cip fizikal sendiri sebaliknya melesenkan reka bentuk asas (IP) kepada syarikat lain seperti Apple, Samsung dan Qualcomm untuk digunakan dalam telefon pintar, tablet, dan peranti teknologi internet kebendaan (IoT). 

Mengulas mengenai syarat lanjut kepada syarikat penerima token, Akmal berkata kerajaan bukan sekadar memberi akses kepada teknologi Arm, sebaliknya turut menetapkan komitmen tertentu yang perlu dicapai oleh syarikat terlibat.

“Antara sasaran yang diberi perhatian termasuk penggunaan tenaga mahir tempatan, peningkatan nilai dalam rantaian industri serta pembangunan reka bentuk dan penciptaan teknologi tempatan.

“Apabila mereka masuk ke peringkat penciptaan, sudah pasti ada tempoh yang diberikan antara mereka dengan Arm Limited dan bergantung pada reka bentuk yang dilakukan. Hanya selepas itu, proses untuk memasarkan ciptaan akan berlaku,” katanya.

Related Posts

DOSM: Harga bahan binaan terus naik, besi dan pasir catat kenaikan pada Mei

PUTRAJAYA – Harga beberapa bahan binaan utama di negara ini terus menunjukkan peningkatan pada Mei 2026, dengan indeks harga seunit besi, pasir, batu baur dan simen masing-masing mencatatkan kenaikan berbanding…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prestasi mata wang ringgit antara terbaik di Asia

KUALA LUMPUR – Ringgit kekal menjadi antara mata wang berprestasi terbaik di Asia tahun ini, dipacu aliran masuk pelaburan yang besar serta kekukuhan asas ekonomi Malaysia walaupun menghadapi ketidaktentuan global…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng- Mufti Kedah.

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng- Mufti Kedah.

DOSM: Harga bahan binaan terus naik, besi dan pasir catat kenaikan pada Mei

DOSM: Harga bahan binaan terus naik, besi dan pasir catat kenaikan pada Mei

Polis Sabah tumpaskan sindiket dadah, rampas syabu hampir RM8 juta

Polis Sabah tumpaskan sindiket dadah, rampas syabu hampir RM8 juta

Ibu bapa main peranan pelaksanaan kawalan media sosial bawah 16 tahun

Ibu bapa main peranan pelaksanaan kawalan media sosial bawah 16 tahun

Sarawak sasar lahir tenaga kerja pakar teknologi AI

Sarawak sasar lahir tenaga kerja pakar teknologi AI

Pendidikan bukan sekadar kejar kecemerlangan akademik – Raja Perlis

Pendidikan bukan sekadar kejar kecemerlangan akademik – Raja Perlis