Suara Melayu menjadi lemah jika politik dendam, prasangka masih berleluasa

KUALA LUMPUR – Kedudukan orang Melayu dalam lakaran dunia akan semakin mengecik sekiranya budaya politik berteraskan emosi ini terus dibiarkan berleluasa di Malaysia yang merugikan bangas tersebut

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengasas Musyawarah Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, landskap politik orang Melayu ketika ini dilihat semakin melemah berikutan pemimpinnya yang masih dibelenggu dengan sentimen dendam serta perebutan kuasa yang tidak berkesudahan.

Menurut beliau, suara keramat bangsa Melayu kini semakin tidak lagi diendahkan dan dipandang sepi oleh pihak lain kerana perpecahan yang berlaku hanya disebabkan oleh perkara-perkara kecil.

“Politik orang Melayu yang terus dibelenggu dengan dendam, prasangka, dan perebutan yang tidak berkesudahan tentunya hanya akan mengecilkan kedudukan kita dalam lakaran dunia.

“Melayu Islam tidak boleh terus menang sorak tetapi kampung tergadai. Strategi kita sering dikalahkan oleh emosi, padahal suara bangsa akan melemah sehingga kegusaran kita tidak lagi diendahkan,” katanya ketika berucap merasmikan Musyawarah Nasional di hotel Premiera, pada Ahad

Ahmad Zahid berkata, sudah tiba masanya politik orang Melayu kembali kepada landasan akal, adab dan strategi yang matang.
Katanya, politik Melayu bukan sekadar untuk menang pilihan raya tetapi untuk memastikan bangsa itu terus mempunyai kuasa menentukan masa depannya.

“Musyawarah Nasional menyarankan politik Melayu mesti kembali kepada tujuan asalnya iaitu menyatukan kekuatan, melindungi kepentingan bangsa dan memelihara Islam.

“Selain, mempertahankan institusi raja-raja dan negara, serta memastikan Malaysia terus stabil. Politik bukan sekadar soal menang kuasa,” katanya.

Related Posts

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

KUALA LUMPUR — Kerajaan sedang merangka tindakan jangka panjang bagi memastikan Malaysia bersedia menghadapi perubahan struktur demografi apabila negara dijangka menjadi negara sangat tua menjelang 2060.  Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan

KUALA LUMPUR – Lapan kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 9 pagi, hari ini. Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), daripada lapan lokasi itu, empat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan