Pahang terus jadi nadi utama kepentingan FELDA

MARAN – Pemilihan Bandar Tun Abdul Razak Jengka sebagai lokasi sambutan Hari Peneroka Kebangsaan sempena ulang tahun ke-70 FELDA pada 7 Julai depan menjadi penghormatan besar kepada warganya di Pahang yang memiliki 115 tanah rancangan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemilihan itu membuktikan peranan penting Pahang sebagai nadi utama pembangunan FELDA sejak penubuhannya.

Menurutnya, kerajaan negeri akan terus mempertahankan kepentingan warga FELDA termasuk menyelesaikan isu hak milik tanah peneroka demi memastikan legasi tanah rancangan tersebut terus kukuh untuk generasi kedua, ketiga dan seterusnya.

“Kita di Pahang bukan cakap kosong, kita buat kerja. Apa yang belum selesai, saya harap peneroka bersabar kerana kerajaan negeri sedang usahakan penyelesaiannya.

“Pada 21 Mei ini akan diadakan satu mesyuarat khas bagi tujuan penyelesaian isu Skim Tanah Rakyat FELDA (STR). Insya-Allah kita berdoa supaya urusan itu dapat dimuktamadkan demi manfaat rakyat,” katanya, seperti dilapor Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Himpunan Generasi FELDA Pahang dan FELDA Motor Fest 2 di Bandar Tun Abdul Razak Jengka di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata, sehingga kini, sebanyak 99 peratus suratan hak milik peneroka FELDA di Pahang berjaya diselesaikan, manakala baki satu peratus lagi dijangka dimuktamadkan tahun ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan kelulusan bantuan RM20,000 bagi menjayakan program belia FELDA dan memberi bayangan lebih banyak bantuan bakal disalurkan kepada rakyat jika kestabilan politik terus dipertahankan.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari