SPRM Sabah perkukuh pencegahan, pembudayaan integriti dalam usaha banteras rasuah

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah terus memperkukuh usaha membanteras rasuah, penyelewengan dan penyalahguna kuasa menerusi pendekatan menyeluruh merangkumi pendidikan, pencegahan serta pembudayaan integriti dalam kalangan masyarakat.

Pengarahnya, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah berkata, tanggungjawab memerangi rasuah bukan hanya tertumpu kepada aspek penguatkuasaan semata-mata sebaliknya turut memberi penekanan kepada usaha membina kesedaran, mendidik dan memperkukuh nilai integriti dalam kalangan masyarakat secara berterusan.

“Di Sabah khususnya, pelbagai inisiatif pencegahan telah dilaksanakan termasuk program advokasi bersama agensi kerajaan, sektor swasta, institusi pendidikan dan komuniti akar umbi.

“SPRM turut memperkukuh program pendidikan anti-rasuah, serta kempen kesedaran integriti melibatkan belia dan masyarakat setempat,” ujarnya dalam ucapan perasmiannya di Program ‘Court Talk: Communicator and Media di Kompleks Sukan Tun Adnan, di sini pada Sabtu. 

Menurut Mohd Fuad, antara contoh terkini ialah Kempen Keep Malaysia Clear (KMC) yang menekankan tiga tonggak utama iaitu nilai murni, masyarakat murni dan persekitaran murni.

“KMC membawa mesej yang lebih luas bukan sahaja menjaga kebersihan persekitaran, tetapi juga membersihkan negara daripada budaya rasuah, penyalahgunaan kuasa.

“Negara yang bersih daripada rasuah akan melahirkan masyarakat yang lebih yakin, ekonomi yang lebih kukuh dan sistem pentadbiran yang lebih dipercayai,” katanya. 

Mengulas mengenai program Program ‘Court Talk: Communicator and Media’, beliau berkata, aktiviti bukan sahaja mengeratkan hubungan strategik antara SPRM dan media, tetapi turut menjadi platform dalam membina semangat kerjasama, disiplin, integriti dan kesukanan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada media atas kerjasama strategik dalam menyampaikan maklumat sahih berkaitan usaha pencegahan dan penyiasatan rasuah kepada awam.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan