Cadangan 5 ADUN lantikan cemar demokrasi – Kor Ming

JOHOR BAHRU – Cadangan pelantikan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Johor terus mencetuskan polemik apabila Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Nga Kor Ming menyifatkan langkah itu sebagai tidak demokratik dan bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini menetapkan bahawa wakil rakyat perlu dipilih secara langsung oleh rakyat melalui pilihan raya, bukannya dilantik oleh mana-mana pihak.

Menurut beliau, pindaan bagi membolehkan pelantikan ADUN tersebut disifatkan bercanggah dengan prinsip asas demokrasi dan boleh membuka ruang kepada budaya politik ‘pintu belakang’ dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Wakil rakyat wajib dipilih rakyat. Mereka yang tidak dipilih tetapi diberikan kuasa sama dalam DUN dilihat menjejaskan legitimasi demokrasi,” katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian Karnival Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 di Johor Bahru, hari ini.

Kor Ming turut mempersoalkan tindakan melantik individu yang tidak melalui proses pilihan raya tetapi tetap menerima gaji, elaun dan kuasa setara ADUN yang dipilih rakyat. Katanya, keadaan itu boleh mencetuskan kebimbangan sekiranya menjadi amalan pada masa depan.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan bahawa Pakatan Harapan (PH) akan menggerakkan kempen kutipan tandatangan rakyat sebagai tanda bantahan terhadap keputusan tersebut.

Terdahulu, Dewan Undangan Negeri Johor meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan bagi mewujudkan lima jawatan ADUN lantikan selepas memperoleh sokongan majoriti dua pertiga dalam sidang DUN, Khamis lalu.

Bagaimanapun, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menjelaskan langkah tersebut bertujuan memperluaskan penyertaan pelbagai golongan termasuk individu berpengalaman dan mempunyai kepakaran tertentu dalam proses penggubalan dasar negeri.

Isu berkenaan kini menjadi perdebatan hangat dalam landskap politik Johor dengan pelbagai pihak tampil menyuarakan pandangan berbeza mengenai implikasi pelantikan ADUN terhadap sistem demokrasi negeri.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) menghormati hak UMNO yang tidak menjemput wakil Pakatan Harapan (PH) ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 dan ia tidak perlu dipersoalkan. Pengarah Komunikasi PKR, Adam Adli…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan