PMX mahu Pulau Banggi jadi contoh kawasan terpencil tidak terbiar

KUDAT – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Pulau Banggi, Kudat menjadi contoh kawasan terpencil yang tidak dipinggirkan daripada arus pembangunan negara termasuk dalam bidang pendidikan dan transformasi digital.

Menurut Perdana Menteri, Kerajaan MADANI bertanggungjawab memastikan rakyat di kawasan luar bandar dan pulau terpencil terus mendapat perhatian termasuk dari segi kemudahan asas pendidikan.

“Saya nak Pulau Banggi ini menjadi contoh, rakyat yang rata-ratanya sedikit miskin atau terpencil tapi tidak terbiar.

“Kerajaan MADANI merasa bertanggungjawab untuk angkat martabat dan keupayaan tiap rakyat di negara kita.

“Pendidikan merupakan jalan utama untuk mengubah kehidupan masyarakat miskin khususnya anak-anak di kawasan terpencil.

“Kerana anak dari keluarga paling miskin, dari pulau paling terpencil, tetapi kalau ditumpu bidang pendidikan, dia boleh naik.

“Kerana mutu pendidikan, latihan yang diperolehi memberi sumbangan kepada keluarga dan masyarakat,” katanya semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Masyarakat Pulau Banggi di Dewan Terbuka Kobong Pulau Banggi, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Anwar turut mengimbau kunjungannya ke sekolah di kawasan berkenaan pada tahun 1994 ketika meletakkan batu asas pembinaannya.

“Saya sempat ke sekolah tadi dan saya masih ingat saya datang tahun 1994, ramai yang belum ada atau yang ada masih kecil, letak batu asas dan saya syukur alhamdulillah sekolah ini telah tersergam indah, melahirkan anak-anak yang terlatih dan terdidik.

“Sekarang ada juga Tingkatan 6 iaitu pra-universiti di Pulau Banggi. Jadi, kita harap anak-anak yang hadapi peperiksaan ujian Tingkatan 5 dan anak-anak di Tingkatan 6 beri perhatian,” kongsinya

Tambahnya, Pulau Banggi merupakan antara kawasan pulau paling terpencil di negara ini yang masih berdepan kekurangan kemudahan pendidikan sekolah menengah.

“Pulau Banggi ini di antara rantau pulau yang paling terpencil dalam seluruh wilayah Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

“Kita turun dan saya beritahu kenapa. Ada yang mengeluh kerana tidak cukup kemudahan pendidikan sekolah menengah,” tegasnya.

Beliau turut meminta pihak sekolah menyediakan laporan dalam tempoh dua minggu bagi menambah baik prestasi akademik pelajar di SMK Banggi.

“Sebab itu kepada pengetua sekolah, saya mahu laporan.

“Dari dua minggu ini saya minta pengetua, guru-guru siapkan laporan apa matlamat mereka, langkah-langkah yang harus diambil.

“Dan kalau ada apa-apa keperluan tambahan beritahu, kita cuba bantu supaya jangan ada sekolah yang kekurangan keperluan asas dia,” ujarnya.

Related Posts

TIDAK RASMI: BN dahului 41 kerusi, PH 15 DUN PRN Johor

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) berada di landasan kukuh untuk terus mentadbir Johor apabila mendahului keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 dengan menguasai 41 kerusi Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kementerian Ekonomi mahu program IPR-INSAN diteruskan

ARAU – Kementerian Ekonomi akan memohon kepada Kementerian Kewangan (MoF) supaya pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) disambung bagi tempoh seterusnya selepas terbukti membantu usahawan B40 menjana pendapatan. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan negeri dan Persekutuan perlu saling hormat demi rakyat – Khaled Nordin 

Kerajaan negeri dan Persekutuan perlu saling hormat demi rakyat – Khaled Nordin 

Wujud ejen tempat mengundi diarah keluar

Wujud ejen tempat mengundi diarah keluar

TIDAK RASMI: BN dahului 41 kerusi, PH 15 DUN PRN Johor

TIDAK RASMI: BN dahului 41 kerusi, PH 15 DUN PRN Johor

Kementerian Ekonomi mahu program IPR-INSAN diteruskan

Kementerian Ekonomi mahu program IPR-INSAN diteruskan

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan