Krisis air Kedah: Ujian kepimpinan yang gagal diselesaikan

SUNGGUH mengecewakan!
Itulah ungkapan yang dilontarkan oleh Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir ketika mengadakan lawatan ke tapak Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau dan Bukit Selambau semalam.

Kenyataan itu bukan sekadar luahan spontan, tetapi gambaran sebenar terhadap kegagalan projek yang sepatutnya menjadi penyelesaian utama kepada masalah bekalan air di Kedah.

Lebih mengejutkan, apabila lawatan dilakukan, keadaan di tapak projek masih berada pada tahap awal dengan hanya kelihatan cerucuk dan kawasan tapak pembinaan.

Sedangkan projek tersebut telah diumumkan sejak Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dan diperuntukkan sebanyak RM931 juta oleh Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri melalui Syarikat Air Darul Aman (SADA).

Namun selepas bertahun-tahun berlalu, rakyat masih belum menikmati hasil daripada projek yang dijanjikan siap pada tahun 2023 itu.

Keadaan menjadi lebih memalukan apabila Kerajaan Persekutuan terpaksa menyuntik lagi peruntukan sebanyak RM50 juta selepas kontrak asal ditamatkan akibat kegagalan pelaksanaan projek.

Nilai suntikan itu sangat besar kerana dengan RM50 juta Kerajaan Persekutuan mampu membina pelbagai kemudahan di negara ini.

Persoalannya, bagaimana projek sebesar ini boleh gagal diuruskan dengan baik sedangkan negeri-negeri lain seperti Johor dan Perak turut berhadapan cabaran sama seperti pandemik COVID-19 dan kenaikan harga bahan binaan, namun masih mampu menyiapkan projek LRA mereka?

Jawapannya hanya satu iaitu kelemahan pentadbiran.

Sebagai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Pengerusi SADA sepatutnya menjadikan isu air sebagai agenda paling utama.

Bekalan air bukan isu kecil. Ia melibatkan keperluan asas rakyat, industri, pelaburan dan masa depan negeri.

Namun sehingga hari ini, rakyat Kedah masih berdepan gangguan bekalan air yang berulang, tekanan air rendah dan masalah infrastruktur yang gagal diselesaikan.

Apa yang lebih mengecewakan ialah sikap kepimpinan yang lebih gemar memberikan alasan daripada mencari penyelesaian.

Setiap kali kegagalan dibangkitkan, pelbagai faktor luaran dijadikan alasan seperti COVID-19, kenaikan harga barang dan masalah kontraktor. Sedangkan negeri lain yang berdepan situasi sama masih mampu bergerak ke hadapan.

Penulis berpendapat sebenarnya projek LRA ini adalah ujian sebenar terhadap kemampuan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Perikatan Nasional.

Jika masalah air dapat diselesaikan dengan baik, sudah tentu rakyat akan menghargai dan mengangkat kepimpinan sedia ada.

Malangnya, apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Rakyat hari ini semakin matang dalam menilai. Mereka tidak lagi hanya mahu mendengar pidato berapi-api di atas pentas atau slogan politik semata-mata.

Apa yang rakyat perlukan ialah hasil kerja, kecekapan dan kemampuan mentadbir negeri dengan baik.
Isu air di Kedah kini menjadi simbol kegagalan pentadbiran yang tidak boleh lagi disembunyikan dengan retorik politik.

Penduduk di kawasan Sungai Limau, Bukit Selambau dan seluruh Kedah berhak bertanya iaitu sampai bila masalah asas ini mahu dibiarkan?

Penulis difahamkan penduduk di sekitar loji berkenaan sudah penat merintis dengan masalah air.

Kini masa depan Kedah tidak boleh bergantung lagi kepada slogan semata-mata.

Negeri ini memerlukan kepimpinan yang benar-benar mampu merancang, melaksanakan dan menyelesaikan masalah rakyat secara berkesan.

Kini terpulang kepada rakyat Kedah untuk menilai. Adakah mereka mahu terus mempertahankan kepimpinan yang gagal menyelesaikan isu asas rakyat, atau memilih barisan pemimpin yang lebih cekap dan berwibawa demi masa depan negeri?

Kemajuan sesebuah negeri bukan diukur pada sekuat mana pidato politiknya, tetapi sejauh mana kebajikan rakyat benar-benar terbela.

Akhir kata penulis ingin bertanya adakah slogan kepimpinan Kerajaan Kedah iaitu ‘Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua’ sudah ditunaikan?

Related Posts

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, hari ini secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal pentadbiran baharu selepas mendapat perkenan Pemangku…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi