Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

KUCHING – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menegaskan peranan penting Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dalam memelihara warisan masyarakat Bidayuh, memperkukuh perpaduan komuniti serta memperhebat usaha dokumentasi Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Beliau turut menekankan kepentingan pembangunan kurikulum bahasa Bidayuh sebagai usaha memastikan bahasa dan budaya masyarakat tersebut terus dipelihara untuk generasi akan datang.

“Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pendidikan STEM serta Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak amat penting dalam melahirkan modal insan berkemahiran bagi menyokong pembangunan negeri pada masa depan,” katanya ketika merasmikan makan malam aluan sempena Perhimpunan Agung Tiga Tahunan ke-11 DBNA, baru-baru ini.

Majlis tersebut turut dihadiri para perwakilan dan pemerhati daripada 24 cawangan DBNA dari seluruh Sarawak serta Lembah Klang.

Turut hadir Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Pendidikan) merangkap bekas Penasihat DBNA, Datuk Michael Manyin; bekas Presiden DBNA, Datuk Seri Robert Jacob Ridu; Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin; Bishop Anglican Kuching, Sarawak dan Brunei, The Right Reverend Datuk Danald Jute; serta Presiden DBNA merangkap Pegawai Pentadbiran Khas Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA), Datuk Ik Pahon Joyik; Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Penerbangan dan Jalan Raya), Datuk Jerip Susil; Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Marin), Datuk Henry Harry Jinep dan Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Martin Ben.

Related Posts

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

TENOM – Program kebun sekolah yang bertujuan memupuk kesedaran terhadap keterjaminan makanan serta keusahawanan pertanian dalam kalangan pelajar dijangka diperluaskan secara besar-besaran di seluruh Sabah bermula tahun hadapan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Kesyukuran Doa Akhir Tahun 1447 Hijrah dan Doa Awal Tahun Baharu Hijrah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Jangan manipulasi fakta!

Jangan manipulasi fakta!

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi