Perkasa keselamatan di ESS Zone guna teknologi canggih, AI – Hajiji

LAHAD DATU – Kerajaan Sabah komited memperhebat keupayaan keselamatan di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) dengan penggunaan teknologi canggih termasuk kecerdasan buatan (AI).

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berkata, usaha itu secara tidak langsung memastikan kestabilan yang menjadi asas kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

“Ini termasuk keupayaan keselamatan menerusi pemodenan aset, penggunaan teknologi seperti dron, radar serta analisis data raya (Big data) bagi memastikan pemantauan lebih menyeluruh dan respons yang lebih pantas terhadap sebarang ancaman.

“Seiring dengan kerangka Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0, kita mahu agensi keselamatan memperkasakan penggunaan AI dalam operasi supaya sistem keselamatan kita bukan sahaja kukuh secara fizikal, tetapi juga dari segi digital,” katanya ketika berucap pada Program Jelajah SMJ sempena Program Lawatan Tinjauan Keselamatan Ketua Menteri ke ESS Zone di Dewan Perdana, pada Rabu.

Menurut Hajiji, aspek keselamatan tidak boleh dipisahkan daripada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat, malah menjadi prasyarat utama dalam menarik keyakinan pelabur ke Sabah.

“Tanpa jaminan keselamatan yang kukuh, keyakinan pelabur akan terjejas, aktiviti ekonomi terbantut dan kesejahteraan rakyat turut terkesan.

“Justeru, pembangunan di kawasan ESS Zone akan dilaksanakan secara holistik dengan mengimbangi keperluan keselamatan serta pembangunan ekonomi dan sosial,” ujarnya.

Hajiji turut menyeru rakyat khususnya di kawasan ESS Zone supaya sentiasa peka dan segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa

“Peranan komuniti amat penting sebagai rakan strategik kepada pasukan keselamatan dalam memastikan keamanan terus terpelihara.

“Kebajikan anggota keselamatan juga akan terus dipelihara melalui kerjasama antara kerajaan negeri dan Persekutuan, termasuk dari segi kemudahan, perumahan dan logistik,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Hajiji berkata, sektor maritim dan Ekonomi Biru dikenal pasti sebagai pemacu pertumbuhan baharu di bawah SMJ 2.0, meliputi industri perikanan moden, pelancongan marin dan pembangunan bandar pesisir dan sempadan.

“Sabah mempunyai kedudukan strategik dengan garis pantai melebihi 1,400 kilometer dan bertindak sebagai barisan hadapan negara di Borneo serta Laut Sulu.

“Pengukuhan keselamatan bukan sahaja melindungi rakyat, tetapi membuka ruang kepada pembangunan bandar sempadan sebagai pintu ekonomi baharu negeri,” katanya.

Dalam konteks Lahad Datu, beliau berkata daerah ini mempunyai potensi ekonomi yang besar khususnya dalam sektor perladangan, perikanan, pelancongan dan industri hiliran.

“Namun, semua ini hanya dapat dipenuhi sepenuhnya sekiranya persekitaran kekal selamat dan stabil.

“Pelabur hanya akan datang jika yakin keselamatan perairan kita terjamin,” tegasnya.

Related Posts

Sarawak saran penggunaan AI bertanggungjawab bina kepercayaan digital

KUCHING – Masyarakat dan pemain industri disaran agar menguruskan penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) secara bertanggungjawab bagi membina dan mengukuhkan tahap kepercayaan digital. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jenayah vandalisme di Sarawak semakin serius, seru peranan media didik masyarakat

KUCHING – Jenayah vandalisme dan kecurian utiliti di Sarawak kini berada pada tahap membimbangkan sehingga kerajaan terpaksa menanggung kos tambahan yang tinggi bagi membina tembok keselamatan khusus. Menteri Utiliti dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak saran penggunaan AI bertanggungjawab bina kepercayaan digital

Sarawak saran penggunaan AI bertanggungjawab bina kepercayaan digital

Jenayah vandalisme di Sarawak semakin serius, seru peranan media didik masyarakat

Jenayah vandalisme di Sarawak semakin serius, seru peranan media didik masyarakat

Danish mahu bawa suara anak muda, tidak pinggir golongan berusia di Chembong

Danish mahu bawa suara anak muda, tidak pinggir golongan berusia di Chembong

Sarawak tubuh agensi aeroangkasa, sasar lantik CEO akhir tahun

Sarawak tubuh agensi aeroangkasa, sasar lantik CEO akhir tahun

‘Jangan berlunjur sebelum duduk’, Kamarul Arifin mahu politik beradat di Seri Menanti

‘Jangan berlunjur sebelum duduk’, Kamarul Arifin mahu politik beradat di Seri Menanti

PRN Negeri Sembilan ruang rakyat nilai ketegasan Anwar pulihkan negara

PRN Negeri Sembilan ruang rakyat nilai ketegasan Anwar pulihkan negara